in

Ubisoft Singapore Sedang Mengetuai Satu Projek Besar Di Console & PC

Satu projek besar sedang dalam pembangunan dan diketuai oleh studio Ubisoft yang berpangkalan di negara jiran itu.

Ubisoft_Logo

Bercakap di Game Developers Conference, Olivier de Rotalier, Pengarah Urusan Ubisoft Singapore and Southeast Asia, telah mengumumkan studio mereka itu sedang mengetuai satu projek baru yang besar.

Sama ada mereka sedang menyambung francais yang telah ada kini atau sedang mewujudkan satu siri francais yang baru, ia masih lagi menjadi tanda tanya. Memetik kata-kata de Rotalier:

“We’ve been very happy to be involved in many titles. We’ve built two main expertise in Singapore: one in AAA games, the other in PC online with Ghost Recon: Phantoms.

We’ve built 10 AAA games in seven years. And now our studio is leading one of the biggest Ubisoft projects on console and PC.”

Studio Ubisoft Singapore, yang ditubuhkan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada banyak pembangunan untuk penerbit game itu dalam banyak francais yang besar. Sumbangan paling besar studio Singapura itu adalah apabila mencipta pertarungan kapal laut dalam Assassin’s Creed 3, yang mana ia seterusnya menjadi asas kepada gameplay perkapalan dan pelayaran yang lebih luas dalam Assassin’s Creed 4: Black Flag dan Assassin’s Creed Rogue.

ACGA_SP_88_CaribbeanSea_NavalBattle_1080p.1380144263

Dalam masa yang sama, Ubisoft juga telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuka studio baru mereka di Filipina tidak lama lagi. Mereka bakal mengambil beberapa pekerja dari studio mereka di Singapura untuk dipindahkan ke studio baru mereka itu kelak.

Mereka merancang untuk memiliki 50 developers pada akhir tahun 2016 di studio baru itu, dan bakal menambah jumlah kepada 200 orang lagi pada masa akan datang.

ubisoft_philippines_black

Menurut de Rotalier lagi, pembukaan studio baru mereka di Filipina itu menandakan perkembangan baik industri gaming di rantau ini. Ia adalah sebuah rantau yang berkembang pesat dalam industri ini dan mempunyai populasi yang “muda” dan berkembang serta kreatif.

Memetik kata-kata beliau lagi:

“We have, in Singapore, a team with people from the Philippines who have grown in expertise with us. We’ve built a solid work relationship and trust with them, and that’s an important core for us to start a new studio.

Some of them will transfer to the Philippines to bring the Ubisoft knowhow, methodology, and knowledge to the studio … Leveraging the team in Singapore to train and groom the people in the [Philippines] is a key part of what we’re doing.

[Pengurus Studio, Chip Go] is already someone that worked in Singapore and will bring his knowledge of the group, company, and process. We want to expose [the developers] to our major AAA franchise … that’ll be the best way to expose them to the best standards of the industry and the best people to learn from. Also, [they can work] on the best technology that we have.”

Anda boleh baca pengumuman rasmi Ubisoft mengenai pembukaan studio baharu mereka di Filipina di sini.

Terima kasih, GameSpot.

JomBaca: Assassin’s Creed Mungkin Tidak Akan Dikeluarkan Setiap Tahun Lagi!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS4 Versi Baharu Dilaporkan Bakal Keluar Sebelum Oktober Tahun Ini!

The Division: 18 Easter Egg Untuk Agents Yang Dah Bosan Grinding!