in

Ubisoft Singapore Dilaporkan Disiasat Pihak Berkuasa Singapura Atas Dakwaan Gangguan Seksual

Sejak beberapa tahun belakangan ini, pelbagai studio Ubisoft di seluruh dunia telah menerima banyak dakwaan terhadap budaya kerja yang cukup toksik.

Terkini, studio terbaharu yang dilaporkan terpalit dengan budaya kerja seumpama ini adalah Ubisoft Singapore. Menurut Kotaku, pihak berkuasa Singapura kini sedang melakukan siasatan terhadap studio itu atas dakwaan gangguan seksual dan diskriminasi.

The Tripartite Alliance for Fair and Progressive Employment Practices (TAFEP), iaitu pihak pengawasan tempat kerja negara Singapura dilaporkan kini telah memulakan siasatan, yang mana ia turut dilaporkan oleh The Straits Times.

Beberapa sumber atau secara tepatnya bekas pekerja di studio itu pernah menyatakan yang Ubisoft Singapore dikenali secara dalamannya sebagai mengamalkan budaya kerja paling teruk jika dibandingkan dengan studio-studio Ubisoft yang lain. Bekas pekerja ini berkata yang sesetengah orang yang melawat studio itu akan berkata, “Apa kejadahnya yang jadi dekat sini?”

TAFEP dikatakan sedang menyeru mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kegiatan jenayah seperti gangguan atau serangan seksual untuk tampil ke hadapan dengan segara bagi membuat laporan kepada pihak polis.

Menurut laporan ini lagi, terdapat beberapa situasi akan terjadi melalui kes seumpama ini. Sekiranya terbukti ada salah laku jenayah seksual seperti pencabulan, pihak polis akan masuk campur. Manakala, seandainya terdapat diskriminasi di tempat kerja, Kementerian Tenaga Manusia Singapura boleh menghalang keupayaan Ubisoft untuk memohon atau memperbaharui permit kerja untuk pekerja asing dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.

Kalau ini terjadi, maka kerja-kerja pembangunan Skull & Bones, di mana Ubisoft Singapore yang mengetuai projek ini, akan terkesan teruk. Kotaku turut mengatakan yang situasi ini mampu memberi kesan kepada sekitar 60 peratus daripada pekerja studio tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pembangun Among Us Menuduh Fortnite Atas Isu Plagiat

Call of Duty: Vanguard Memperlihat Trailer Penuh Era Perang Dunia Kedua, Tarikh Pelancaran Diumumkan