Apa perancangan Ubisoft terhadap filem mereka akan datang? Filem adaptasi Raibow Six? Ghost Recon? Assassin’s Creed? Bukan.
Ubisoft akan membikin sebuah filem yang berkisar tentang sekumpulan warga emas yang membangunkan sebuah pasukan esports kompetitif. Menurut The Hollywood Reporter, filem ini akan mendapat kerjasama penulis dan pengarah filem komedi ‘I Feel Pretty’, Abby Kohn dan Marc Silverstein.
Filem yang masih belum mempunyai judul ini akan dibikin berdasarkan artikel “The Next Generation of Competitive Gamers Is … Over 60?” (“Generasi Gamer Kompetitif Seterusnya Adalah… Lebih 60 Tahun?”) tulisan Laura Parker yang diterbitkan Wall Street Journal pada 2019.
Selain filem ini, satu lagi filem yang sedang dalam produksi Ubisoft ialah The Division yang bakal dibintangi Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain, diterbitkan untuk Netflix.
Comments
Loading…