in ,

Ubisoft Sedang Bangunkan Game Open-World Star Wars, Umum Lucasfilm

Lucasfilm Games pada minggu ini nampaknya begitu sibuk dalam mengumumkan game-game baharu terbitan syarikat yang baru dijenamakan semula itu. Dan mungkin berita terbaharu ini adalah yang terbesar setakat ini.

Lucasfilm Games telah mengumumkan sebuah game open-world Star Wars kini sedang dibangunkan oleh Ubisoft, atau lebih tepatnya Ubisoft Massive, iaitu studio yang cukup sinonim dengan pembangunan The Division yang berpangkalan di Malmö, Sweden.

Mereka menggambarkan game ini sebagai sebuah game open-world pengembaraan memfokuskan kepada penceritaan yang telah sekian lama diidamkan oleh para peminat.

Pengumuman kerjasama antara Lucasfilm Games dengan Ubisoft ini sekaligus mengesahkan bahawa tiada lagi perjanjian eksklusif Lucasfilm Games dengan Electronic Arts (EA), yang mana sebelum ini untuk beberapa tahun, EA mendapat hak eksklusif untuk membangunkan game-game Star Wars bagi platform PC dan konsol.

Ini bukanlah bermakna EA tidak lagi akan membangunkan game-game Star Wars. Berita ini menandakan IP Star Wars itu akan meluaskan pembangunan game mereka kepada lebih banyak syarikat dan studio.

Dalam kenyataan yang sama, Lucasfilm Games memastikan bahawa game-game Star Wars yang pernah dan sedang dibangunkan EA seperti siri Battlefront, Jedi Fallen Order dan Squadrons akan diteruskan oleh studio-studio di bawah EA.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Acer Announced New Nitro 5 Gaming Notebooks Powered by AMD Ryzen 5000 Series Mobile Processors

Saksikan Trailer Pelancaran Star Wars Jedi: Fallen Order - Memperkenalkan Musuh Lebih Menggerunkan

EA Sahkan Lebih Banyak Game Star Wars Dalam Pembangunan Walaupun Tiada Lagi Hak Eksklusif