Ubisoft Saman Apple Dan Google Kerana Memasarkan Klon Rainbow Six Siege, Area F2

Salah satu game mobile yang agak popular sejak beberapa minggu ini ialah Area F2. Semua yang sudah bermain atau melihat gameplay game ini, pastinya cukup mengenali dari manakah game ini meniru, iaitu game shooter terkemuka oleh Ubisoft, Rainbow Six Siege.

Bloomberg melaporkan bahawa Ubisoft telah memafailkan saman kepada Apple dan Google kerana memasarkan Area F2 di platform masing-masing — App Store dan Play Store.

Dalam dunia mobile gaming, terlalu banyak game klon yang meniru pelbagai game-game popular lain. Namun, nampaknya Ubisoft tidak mahu berdiam berdiri apabila melihat Area F2 meniru terlalu banyak daripada Rainbow Six Siege.

Ubisoft dikatakan mendakwa Area F2 “hampir menyerupai” game shooter keluaran mereka itu, yang mana game itu dibangunkan bertujuan untuk “menunggang” kejayaan Ubisoft. Game mobile keluaran Qookka Games dan Ejoy (studio milik Alibaba) itu didakwa meniru setiap aspek daripada Rainbow Six Siege — dari gameplay drone, dinding yang boleh dipecahkan, memanjat menggunakan tali, sehinggalah kepada interface skrin yang sama.

Ubisoft dilaporkan telah memaklumkan pelanggaran hakcipta ini kepada Apple dan Google, dan meminta mereka untuk menurunkan game itu daripada platform masing-masing, namun sehinnga kini mereka masih belum melakukannya. Maka tindakan undang-undang telah diambil kepada dua gergasi mobile itu.

Pasti ramai yang tertanya, mengapa Ubisoft mengambil tindakan ini terhadap Apple dan Google, dan bukan menyaman terus pembangun game Area F2. Jawapannya — berbeza negara menjadi kekangan utama — Ubisoft berpangkalan di Perancis dan Alibaba berpangkalan di China.

Rainbow Six Siege: Saksikan Gameplay 2 Operator Terbaru Dari Mexico & Peru

Studio-studio pembangun tersebut dimiliki Alibaba yang berpangkalan di China, maka untuk memfailkan saman hakcipta adalah lebih sukar dilakukan di negara asing. Sekiranya Ubisoft berjaya mendesak Apple dan Google untuk menurunkannya, ia sekaligus akan memberikan sedikit sebanyak kerugian kepada game itu.

JomKomen!