Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran

Dalam acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, Ubisoft telah memperlihatkan dua trailer sinematik untuk Far Cry 6, seterusnya mengesahkan tarikh pelancarannya yang telah tertiris beberapa hari lalu.

Trailer pertama ialah ‘title sequence’ yang mendedahkan beberapa nama yang akan membintangi game ini. Trailer kedua pula memperlihatkan trailer sinematik yang menunjukkan seorang diktator di Yara, Anton Castillo yang sedang mendidik anak lelakinya, Diego untuk meneruskan legasinya.

Jom layan kedua-dua trailer di bawah:

Far Cry 6 akan dilancarkan pada 18 Februari 2021 untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!