Semalam, PlayStation Store Hong Kong telah secara tidak sengaja menaikkan laman Far Cry 6 terlalu awal. Ia berjaya ditemui dan di-screenshot oleh seseorang seperti dalam tweet di bawah:
Melalui laman yang tertiris ini sahaja kita sudah boleh nampak bahawa Giancarlo Esposito, pelakon Gus Fring dalam Breaking Bad, bakal menjadi bintang utama dalam game seterusnya daripada francais Far Cry ini. Malah, laman ini turut mendedahkan yang Far Cry 6 akan dilancarkan pada 18 Februari 2021.
Melihat kepada info tertiris ini yang semakin menular, Ubisoft sendiri terus mengeluarkan satu video sinematik acah pendek berdurasi 11 saat yang mengesahkan kehadiran Esposito.
Ubisoft akan memperlihatkan game ini dalam acara digital mereka, Ubisoft Forward yang akan berlangsung pada 13 Julai, 3 pagi (waktu Malaysia).
Apa yang korang harapkan daripada Far Cry 6? Kongsikannya di ruangan komen.
Comments
Loading…