in

Ubisoft Montreal Terima Panggilan Ancaman Tebusan, Aadi Salman Selamat, Kerja Dari Rumah

Tengah malam tadi (waktu Malaysia), Montreal, Kanada telah dikejutkan dengan apa yang dilaporkan sebagai panggilan amaran situasi tebusan di pejabat Ubisoft Montreal.

Situasi yang berlaku kira-kira tengah hari waktu tempatan itu telah disahkan oleh akaun Twitter Police Montréal (@SPVM). Pihak berkuasa telah bergegas ke lokasi laporan, dan selepas kira-kira dua jam operasi pencarian dan siasatan dilakukan, pihak polis tempatan mengesahkan bahawa tiada sebarang ancaman sebenar dikesan, sekaligus yakin bahawa ia hanyalah panggilan palsu.

Ketika operasi masih berjalan, ia telah menimbulkan suasana yang agak panik di kawasan berdekat serta menjadi bualan hangat di media sosial — dan tentunya orang ramai, terutamanya peminat game-game keluaran Ubisoft, mendoakan agar perkara tidak baik dapat dielakkan.

Ubisoft Montreal telah mengeluarkan kenyataan, menzahirkan penghargaan kepada staf yang berani ketika berada di lokasi kejadian, mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang bertindak pantas dan profesional. Mereka meluahkan rasa lega apabila kejadian diakhiri tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan.

Sekiranya korang tidak tahu, salah seorang pembangun yang bekerja di Ubisoft Montreal ialah Aadi Salman, seorang artis konsep berasal dari Malaysia. Dalam post yang dikeluarkan di Facebook, Aadi mengesahkan yang beliau berada dalam keadaan selamat, tidak berada di pejabat semasa situasi tegang itu terjadi kerana beliau bekerja dari rumah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gamers Hideout Kata Kos Penghantaran Pra-Tempah PS5 RM150 Sebenarnya Adalah Kesilapan Teknikal

Kedai Di Kanada Turut Jual PS5 Dengan Bundle Bersama TV, Aksesori Rasmi Sony