in

Ubisoft Merancang Untuk Tidak Lagi Bawakan DLC Berbayar Dalam Game Mereka Akan Datang

Sesuatu yang berguna mereka telah belajar daripada DLC-DLC percuma yang dibawakan ke dalam Rainbow Six Siege.

rainbow-six-1

Bercakap kepada GamesIndustry, naib presiden live operations Ubisoft, Anne Blondel-Jouin berkata bahawa Ubisoft tidak akan lagi menjual DLC yang para gamers perlu untuk menikmati sepenuhnya game mereka.

Beliau mengatakan bahawa Ubisoft kini merancang untuk menyokong game mereka dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun, dan untuk memastikan para pemain sentiasa berminat, syarikat mereka harus lebih teliti dalam menampilkan DLC-DLC berbayar ini.

Ubisoft telah menampakkan kejayaan daripada perancangan mereka dalam membawakan map-map dan operator yang percuma dalam Rainbow Six Siege. Game tersebut menawarkan pelbagai items yang hanya bersifat kosmetik, di mana ia sama sekali tidak mempengaruhi gameplay dan semua pemain dapat merasai pengalaman game sepenuhnya secara sama rata.

“Ia tidak akan berjaya jika ia mewajibkan pemain (untuk membeli DLC tersebut). Tiada lagi DLC yang kamu harus beli bagi menikmati pengalaman penuh game itu. Kamu sudah memiliki game itu, dan jika ingin mengembangkannya – bergantung kepada cara kamu ingin menikmati game itu – kamu bebas untuk membelinya, ataupun tidak,” tambah Blondel-Jouin lagi.

titanfall-2-00

Strategi yang digunakan oleh Rainbow Six Siege ini turut digunakan dalam Titanfall 2 – di mana Respawn Entertainment menjanjikan akan menawarkan DLC percuma buat pemain, dan DLC pertamanya sudahpun diumumkan. Lihatlah reaksi positif daripada komuniti yang diterima melalui kedua-dua game ini.

Jangan dilupa, sebuah lagi game yang sehingga kini masih lagi menjadi fenomena, Grand Theft Auto V yang sentiasa menawarkan pelbagai DLC yang menarik. Walaupun sudah dilancarkan lebih dari 3 tahun, multiplayer online-nya tetap mengumpulkan jumlah pemain yang cukup ramai.

gta-online-deadline-tron

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Anda Boleh Muat Turun Game Penuh FIFA 17 Sekarang, Boleh Dimainkan Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini

16 Pemain Bersedia Untuk PES 2017 SEA CL Online Qualifiers Series 1