in

Ubisoft Mengesahkan 5 Game AAA Akan Dilancarkan Sepanjang 2020-2021, Mungkin Assassin’s Creed Dan Far Cry Baru

Ubisoft telah berkongsikan rancangan pelancaran game mereka untuk tahun fiskal 2020-2021, iaitu yang akan bermula pada April 2020 hingga Mac 2021.

Lima buah game AAA akan dilancarkan sepanjang tahun fiskal ini, yang mana tiga game akan dikeluarkan sebelum penghujung tahun ini, dan dua game lagi dikeluarkan awal tahun 2021.

Berita ini diumumkan oleh CEO Ubisoft, Yves Guillemot dalam satu laporan kewangan syarikat tersebut. Beliau turut menegaskan bahawaΒ tiada Beyond Good and Evil 2 dalam senarai lima game ini.

Walaupun Ubisoft tidak mendedahkan apakah game-game ini, kita mungkin boleh meramalkannya. Pastinya senarai game ini ialah Watch Dogs Legion, Rainbow Six: Quarantine, dan Gods and Monsters kerana mereka telah mengumumkan sebelum ini bahawa pelancarannya dalam tahun fiskal ini semasa berita penundaan ketiga-tiga game ini.

Game keempat pula kemungkinan besar ialah Assassin’s Creed baru yang dikhabarkan akan menggunakan latar belakang Vikings.

Satu lagi game pula, menurut penulis Kotaku, Jason Schreier, ialah Far Cry yang baru. Ini pastinya menarik kerana berbeza dengan Assassin’s Creed yang ditaburkan dengan bermacam khabar angin, Far Cry pula agak suram walaupun ia merupakan salah satu francais yang cukup popular dari Ubisoft.

https://twitter.com/jasonschreier/status/1225479419944370176?s=20

Jangan kita terlupa pula satu lagi game AAA Ubisoft yang sudah sekian lama ditunda iaitu Skull and Bones, sebuah game pertempuran kapal perang pada zaman pertengahan di Lautan Hindi. Walau bagaimanapun, sebelum ini Ubisoft sudah memberitahu lebih awal bahawa game ini akan dikeluarkan dalam tahun fiskal 2021/2022.

Semestinya setahun yang cukup sibuk untuk Ubisoft. Game mana yang korang paling nanti-nantikan?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bos Xbox Tak Anggap Lagi Sony Dan Nintendo Sebagai Pesaing Utama, Tapi Amazon Dan Google

Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Pelancaran PS5 Dan Xbox Series X Mungkin Boleh Ditunda Disebabkan Koronavirus