in

Ubisoft Mengacah Far Cry Baru Dengan Tema Pasca-Apokalips, Akan Didedahkan Semasa The Game Awards Esok

Satu lagi game telah disahkan akan ditampilkan dalam The Game Awards 2018 yang bakal berlangsung esok. 

Ubisoft telah memuatnaik sebuah video acah yang mengumumkan satu game dari siri Far Cry. Video ini memaparkan suasana pasca-apokalips yang tidak mendedahkan sebarang info lanjut. Malah, judul rasminya juga tidak didedahkan.

Spoiler untuk penamat Far Cry 5 di bawah.

Ramai menjangkakan yang game ini nanti bakal menyambung apa yang berlaku dalam penamat Far Cry 5 — iaitu satu letupan nuklear telah meletus — membenarkan apa yang diramalkan oleh Joseph Seed, antagonis utama dalam Far Cry 5.

Para peminat sudah mula berteka-teki. Apakah Far Cry 6 akan diumumkan? DLC kepada Far Cry 5? Atau mungkin apa? Entahlah. Namun, apa yang pasti game ini nanti akan berlaku beberapa tahun selepas kejadian penamat Far Cry 5 kerana memerlukan beberapa tahun untuk manusia memulakan kehidupan yang baru selepas letusan nuklear.

Sama-samalah kita saksikan nanti dalam The Game Awards esok.

The Game Awards 2018 akan diadakan pada 7 Disember ini, 9.30am (waktu Malaysia) dan akan bertempat di Microsoft Theatre di Los Angeles, California. Korang boleh tontonnya di Facebook atau Youtube rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Wars: Jedi Fallen Order Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada November 2019, Beberapa Info Tertiris

The Game Awards 2018: God of War Rangkul Anugerah Game of the Year, Red Dead Redemption 2 Bolot Anugerah Paling Banyak