in

Ubisoft Menegaskan Yang Game-Game AAA Takkan Diabaikan Walau Semakin Banyak Game Percuma

Melalui berita semalam, dalam laporan kewangan terbaharu, Ubisoft mendedahkan yang mereka kini beralih dari strategi tradisional mereka yang melancarkan 3-4 game premium AAA setiap tahun kepada lebih banyak pembangunan game-game percuma.

Kenyataan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat kerana menyangka Ubisoft ingin mengurangkan terus tawaran game-game AAA mereka.

Namun, syarikat gaming gergasi itu telah mengeluarkan satu kenyataan baharu yang memjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Ubisoft menjelaskan yang mereka sedang membuat lebih banyak pelaburan terhadap game-game percuma, dalam masa sama tidak mengurangkan apa yang mereka akan bawakan melalui game-game AAA.

“Niat kami untuk menyajikan barisan game yang pelbagai di mana para pemain akan suka — untuk semua platform,” kata Ubisoft, lapor GamesIndustry.biz. “Kami teruja untuk melabur lebih banyak dalam pengalaman-pengalaman game percuma, namun kami mahu menjelaskan yang ini tidak bermakna mengurangkan tawaran AAA kami.”

“Sasaran kami adalah untuk sambung menyampaikan pengalaman premium kepada para pemain seperti Far Cry 6, Rainbow Six Quarantine, Riders Republic dan Skull & Bones, sekadar menyebutkan beberapa nama, dalam masa sama mengembangkan portfolio game percuma dan mengukuhkan jenama-jenama kami untuk menjangkau lebih ramai pemain.”

Game percuma terbaharu yang diumumkan oleh Ubisoft adalah The Division Heartland.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Sony Mempunyai Lebih 25 Game Dalam Pembangunan, Hampir Separuh Adalah IP Baharu

Sony Umumkan 2 Warna Baharu Untuk Controller PS5, DualSense – Midnight Black Dan Cosmic Red