in , , ,

Ubisoft Mempertimbang Untuk Menukar Judul Rainbow Six Quarantine Kerana Pandemik COVID-19

Rainbow Six Quarantine merupakan satu daripada sekian banyak game yang sedang dibangunkan Ubisoft yang sudah lama tidak mendapat perkembangan terbaharu.

Judul ‘Rainbow Six Quarantine’ mungkin satu judul yang agak menarik semasa pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019. Namun, selepas pandemik global yang berlaku sepanjang 2020, yang masih tidak menunjukkan tanda reda, ‘Quarantine’ boleh dikatakan istilah yang mungkin agak sensitif.

Semasa sesi soal jawab bersama pelabur dalam laporan kewangan terbaharu Ubisoft, CEO-nya, Yves Guillemot mendedahkan yang mereka kini sedang menilai sama ada untuk menukar judul tersebut ataupun tidak, walau bagaimanapun tidak sebarang kata putus dibuat buat masa ini.

Kali terakhir kita mendengar tentang perkembangan Rainbow Six Quarantine adalah kira-kira tiga bulan lalu apabila Ubisoft mengumumkan penundaan tarikh pelancaran game ini. Tiada tarikh pelancaran ditetapkan ketika ini, namun mereka meletakkan game ini dalam tahun fiskal antara April 2021 hingga Mac 2022.

Terima kasih, Gamespot.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sistem CDPR Digodam, Penggodam Ugut Dedahkan Dokumen Rahsia, CDPR Takkan Turuti Tuntutan

Bintang Game of Thrones, Bella Ramsey Dipilih Untuk Watak Ellie Dalam The Last of Us HBO