in

Ubisoft Masih Jadualkan Avatar, Roller Champions, Mario + Rabbids 2, Skull & Bones Dilancarkan Sebelum April 2023

Ubisoft telah mengesahkan sekali lagi beberapa game utama yang bakal mereka lancarkan dalam tahun fiskal ini (tamat pada 31 Mac 2023).

Dalam laporan kewangan terbaharu syarikat itu, Ubisoft menyatakan yang Roller Champions, Avatar: Frontiers of Pandora, Mario + Rabbids Sparks of Hope, dan Skull & Bones akan masih tetap dijadualkan dilancarkan dalam tahun fiskal ini, lapor GamesRadar.

Roller Champions dijadualkan menemui para pemain pada suku pertama tahun fiskal ini yang berakhir pada 30 Jun kelak. Bermakna, Ubisoft tentunya akan mendedahkan butiran lanjut mengenai game percuma bertemakan sukan itu dalam masa terdekat ini kerana pelancarannya juga sudah amat hampir.

Untuk Avatar: Frontiers of Pandora, Mario + Rabbids Sparks of Hope, dan Skull & Bones pula, tiada waktu pelancaran didedahkan buat masa ini, namun Ubisoft yakin yang mereka mampu lancarkan ketiga-tiga game ini dalam separuh kedua tahun fiskal ini, iaitu sekitar Oktober 2022 hingga Mac 2023 — sekiranya tiada sebarang penundaan.

Lebih menarik, Ubisoft turut menyatakan yang “beberapa” game percuma lain akan dilancarkan pada tahun fiskal ini merentasi pelbagai platform. Apa agaknya game percuma lain yang bakal keluar sebelum April hadapan selain Roller Champions?

Antara game percuma yang Ubisoft secara rasminya sudah sahkan adalah The Division: Heartland, Ghost Recon Frontline, XDefiant, dan Project Q.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA Akan Lancarkan Game Bola Sepak Sendiri Untuk Menyaingi EA Sports FC, Dibangunkan Studio Lain

Ini Liga, Kelab Yang Akan Terus Bekerjasama Dengan EA Sports FC Selepas Berpisah Dengan FIFA