in , , , , ,

Ubisoft Mahu Bikin Lebih Banyak Game Percuma, Terutamanya Mobile, Kurangkan Fokus AAA

Dalam laporan kewangan terbaharu, Ubisoft mengesahkan yang syarikat gaming gergasi asal Perancis itu ingin membikin lebih banyak game percuma (free-to-play), terutamanya yang berada di mobile.

Ubisoft tidak mahu lagi terlalu bergantung game-game AAA di PC dan konsol, sebaliknya ingin mempelbagaikan lagi katalog mereka.

Seperti dilaporkan IGN, Ubisoft kini sedang membangunkan sebuah game mobile Assassin’s Creed melalui pelaburan Tencent, yang mana ia akan dilancarkan untuk pasaran China. Ini merupakan salah satu langkah syarikat itu untuk meningkatkan pelaburan dan minat dalam game-game percuma, khususnya untuk platform mobile.

Pada ketika ini, pasaran mobile merangkumi 9 peratus daripada jumlah bisnes Ubisoft.

Ubisoft menyatakan yang dalam tempoh fiskal 2022 (April 2021-Mac 2022) akan mempunyai tiga buah game AAA dilancarkan, namun pada masa akan datang, mereka tidak mahu lagi semata-mata fokus kepada pasaran game AAA.

“Dalam fiskal 2022, kami akan teruskan evolusi kami dari model yang hanya fokus kepada pelancaran AAA kepada model di mana AAA berdiri sama tinggi dengan pengalaman inovatif premium dan percuma yang baharu merentasi pelbagai platform,” kata CFO Ubisoft, Frederick Duguet.

“Pengalaman kepelbagaian ini akan memuaskan antara satu sama lain melalui gameplay dan model bisnes yang saling melengkapi.”

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kod Sumber Cyberpunk 2077, The Witcher Mula Dilelong Selepas Sistem CDPR Digodam

The Witcher Umumkan Board Game Untuk 2-5 Pemain, Kickstarter Bermula Mei Ini