in , , , , ,

Ubisoft Kini Fokus Untuk Lebih Banyak Game Percuma ‘High-End’ Dari Pelbagai Francais

Minggu lalu, Ubisoft telah mengumumkan dua game percuma baharu dari francais The Division, satu untuk PC dan konsol berjudul Heartland, dan satu lagi game mobile yang belum ada judul.

Dalam laporan kewangan terbaharu, CFO Ubisoft Frederick Duguet telah mendedahkan yang fokus utama mereka kini adalah untuk membangunkan lebih banyak game percuma ‘high-end’ atau berskala besar dari pelbagai francais milik Ubisoft, lapor VGC.

Ubisoft telah beralih dari strategi tradisional mereka yang melancarkan 3-4 game premium AAA setiap tahun kepada lebih banyak pembangunan game-game percuma. Namun, ia bukanlah bermakna tiada langsung game premium AAA dari mereka lagi, cumanya bilangan tahunan game seperti itu akan dikurangkan.

Menurut Duguet lagi, The Division Heartland merupakan pertaruhan pertama mereka untuk membawakan game-game percuma berkualiti. Dalam kata lain, akan ada banyak lagi game percuma menggunakan francais lain.

Beliau turut menyatakan bagaimana Ubisoft telah dan sedang belajar dari beberapa game percuma yang telah mereka lancarkan seperti Brawlhalla dan Hyper Scape, serta yang akan dilancarkan kelak seperti Roller Champions.

Apa agaknya francais milik Ubisoft yang sedang dibangunkan untuk menjadi sebuah game percuma lagi? Rainbow Six, Far Cry atau Watch Dogs?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2021 Disahkan Akan Turut Dilancarkan Ke PS4, Xbox One

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Sony Mempunyai Lebih 25 Game Dalam Pembangunan, Hampir Separuh Adalah IP Baharu