PlayStation 5 atau Xbox One (Z atau Xbox Two?) mungkin dalam perancangan untuk muncul akan tiba pada dua tahun akan datang tapi CEO Ubisoft tak rasa begitu.

Baru-baru ini, CEO Ubisoft Yves Guillemot mempersembahkan laporan kewangan bagi tahun fiskal separuh pertama ketika perjumpaan antara pelabur mengenai peningkatan jualan game seperti Assassin’s Creed Origins, Guillemot juga sempat membincangkan tentang kemungkinan pengeluaran konsol baru.

Menurut beliau, Ubisoft menjangkakan konsol baru akan tiba dalam masa minimum dua tahun akan datang atau akan mengambil masa lama lagi.

Walau bagaimanapun, Ubisoft cuma bercakap melalui pandangan syarikat mereka kerana ini sekadar spekulasi sahaja dengan melihat trend Microsoft mendedahkan konsol baru Xbox One X pada 7 November ini dan kemungkinan Microsoft bersiap sedia untuk mengeluarkan lagi konsol baru yang lebih berkuasa.

Guillemot juga memuji konsol baru seperti PS4 Pro dan Xbox One X dengan mengatakan, “Ini akan membantu industri untuk menghasilkan game-game yang lebih cantik dalam konsol berkuasa tinggi ini”.

Kalau mahu melihat trend untuk mengeluarkan konsol baru, selalunya konsol baru akan keluar setiap 5 tahun. Namun, ini cuma sekadar ura-ura sahaja. Apa-apa pun, kita nantikan berita konsol baru mungkin pada tahun 2020.

JomKomen!