Menu
in

Ubisoft Forward Seterusnya Berlangsung Minggu Depan, Janjikan Pendedahan Game Baru

Ubisoft Forward Diumumkan Pada Julai Ini - Acara Digital Memperlihatkan Game Baru Ubisoft

Setelah mengadakan acaranya yang pertama pada Julai lalu, Ubisoft Forward bakal kembali pada minggu hadapan bagi berkongsikan kepada para peminat tentang perkembangan game-game baharu keluaran Ubisoft.

Ubisoft Forward seterusnya akan diadakan pada 11 September 2020, 3 pagi (waktu Malaysia). Acara digital ini boleh ditonton di ubisoft.com/ForwardYouTube, dan Twitch.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ubisoft menjanjikan “pengumuman-pengumuman besar terkini, game-game baharu, dan beberapa kejutan”.

Acara utama akan memperlihatkan game-game sedia ada seperti Watch Dogs: Legion, Hyper Scape, dan Rainbow Six Siege. Selain itu, mereka akan turut memaparkan IP baharu mereka yang dinantikan ramai, Gods & Monsters, yang kini sudah bertukar judul kepada Immortals: Fenyx Rising serta beberapa kejutan yang masih belum didedahkan.

Apa yang korang harapkan daripada Ubisoft Forward kali ini? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version