Setelah mengadakan acaranya yang pertama pada Julai lalu, Ubisoft Forward bakal kembali pada minggu hadapan bagi berkongsikan kepada para peminat tentang perkembangan game-game baharu keluaran Ubisoft.
Ubisoft Forward seterusnya akan diadakan pada 11 September 2020, 3 pagi (waktu Malaysia). Acara digital ini boleh ditonton di ubisoft.com/Forward, YouTube, dan Twitch.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ubisoft menjanjikan “pengumuman-pengumuman besar terkini, game-game baharu, dan beberapa kejutan”.
Acara utama akan memperlihatkan game-game sedia ada seperti Watch Dogs: Legion, Hyper Scape, dan Rainbow Six Siege. Selain itu, mereka akan turut memaparkan IP baharu mereka yang dinantikan ramai, Gods & Monsters, yang kini sudah bertukar judul kepada Immortals: Fenyx Rising serta beberapa kejutan yang masih belum didedahkan.
Apa yang korang harapkan daripada Ubisoft Forward kali ini? Kongsikannya di ruangan komen.
That is indeed a great news from UBI soft.