in ,

Ubisoft Forward Diumumkan Pada Julai Ini – Acara Digital Memperlihatkan Game Baru Ubisoft

Seperti kebanyakan syarikat gaming lain, Ubisoft juga telah mengumumkan bakal mengadakan acara digital mereka tersendiri, sebuah livestream yang menggantikan konvensyen tahunan terbesar gaming, E3 2020.

Digelar Ubisoft Forward, acara ini akan berlangsung pada 13 Julai 2020, 3 pagi (waktu Malaysia).

Tiada info lanjut tentang apakah yang bakal diperlihatkan kelak, selain Ubisoft hanya mengatakan yang ia akan memperlihatkan “berita-berita game eksklusif, pendedahan dan banyak lagi”.

Banyak yang boleh kita harapkan untuk dipaparkan dalam acara ini nanti. Beberapa game Ubisoft yang sudah diumumkan, dan belum dilancarkan pasti akan menjadi tarikan utama — seperti Assassin’s Creed Valhalla, Roller Champions, The Settlers, Tom Clancy’s Rainbow Six Quarantine, Beyond Good and Evil 2, Gods & Monsters, Skull & Bones, dan Watch Dogs: Legion.

Ini belum termasuk lagi kemungkinan game-game baharu yang akan diumumkan semasa acara itu kelak, serta game sedia ada yang mungkin akan mendapat kemaskini-kemaskini terbaharu.

Untuk jadual penuh segala acara digital yang menggantikan E3 2020 pada tahun ini, korang boleh lihatnya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jalan Cerita Utama Cyberpunk 2077 Akan Lebih Pendek Daripada The Witcher 3, Side Quest Lebih Kompleks

Filem Cyberpunk 2077 Buatan Peminat Ini Mendapat Pujian CD Projekt Red, Saksikan Trailer Di Sini

Pemenang Pingat Emas Esports Pertama Di Sukan SEA Kini Tercatat Dalam Malaysia Book of Records

Pemenang Pingat Emas Esports Pertama Di Sukan SEA Kini Tercatat Dalam Malaysia Book of Records