in , , ,

Ubisoft Dilaporkan Akan Memperlihatkan 4 Game Assassin’s Creed Hujung Minggu Ini

Ubisoft dilaporkan akan mengumumkan beberapa buah judul terbaru game Assassin’s Creed pada hujung minggu ini, termasuklah yang berlatarbelakangkan era feudal Jepun, menurut laporan Bloomberg.

Ubisoft memberikan sedikit idea tentang judul-judul terbaru yang akan diumumkan di acara Ubisoft Forward akan datang. Syarikat itu dikatakan merancang untuk menunjukkan tiga game Assassin’s Creed — iaitu satu game mobile dan juga dua game utama.

Game terbesar pertama diberi kod nama Red dan dibangunkan oleh Ubisoft dari Quebec City, ia berlatar belakangkan di Jepun. Manakala game kedua diberi kod nama Neo atau Hexe dan dibangunkan oleh Ubisoft Montreal, ia akan berlatar belakangkan zaman Empayar Suci Rom.

Kedua-dua Red dan Neo merupakan sebahagian daripada Assassin’s Creed Infinity, iaitu sebuah platform untuk siri game akan datang yang akan mengandungi beberapa buah latar tempat.

Dua buah game itu dijangka tidak akan dikeluarkan lebih awal dari tahun 2024.

Ubisoft juga merancang untuk menunjukkan lebih Assassin’s Creed Mirage, yang telah diumumkan pada minggu lepas. Game itu pula diberi kod nama Rift yang berlatar belakangkan di Baghdad semasa 800 masihi. Ia juga merupakan expansion kepada judul sebelumnya iaitu Valhalla sebelum ditukarkan menjadi game lengkap.

Assassin’s Creed Mirage dikatakan tidak membawakan elemen RPG seperti game-game terkini Assassin’s Creed sebelum ini. Sebaliknya memfokuskan kembali kepada stealth seperti game-game lama.

Ubisoft akan mengadakan acara khas Ubisoft Forward pada 11 September ini, jam 3 pagi (waktu Malaysia).

Francais Assassin’s Creed yang telah terjual lebih dari 155 juta salinan sejak game pertamanya dikeluarkan pada tahun 2007. Setiap judul berlatar belakangkan era-era sejarah yang berbeza dari zaman tamadun Mesir purba sehinggalah ke zaman semasa Amerika Syarikat dalam perang revolusi.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mari Meriahkan Pelancaran HyperX Cloud Mix Buds dan Splatoon 3 di ATO TTDI Gaming Cafe!

Review Tower of Fantasy – Adakah ‘Pembunuh’ Genshin Impact?