Minggu ini, seluruh dunia telah dikejutkan dengan kebakaran sebuah bangunan bersejarah, iaitu Katedral Notre Dame di Paris, Perancis. Api kebakaran tersebut telah menjilat hampir keseluruhan bangunan dan kerja-kerja pembaikan sudahpun dimulakan.

Bagi membantu pembaikan serta memberi pengetahuan tentang bangunan bersejarah ini, Ubisoft telah mengumumkan dua langkah. Pertama, syarikat gaming antara terbesar dunia itu bakal menderma sebanyak €500,000 (RM2,335,624) untuk membantu pihak gereja melakukan kerja-kerja membaikpulih.

Keduanya, Ubisoft akan memberikan Assassin’s Creed Unity secara percuma selama seminggu untuk platform PC. Dari sekarang hingga 25 April 2019, korang diberi peluang untuk dapatkan game ini secara percuma, dan selepas korang mengambilnya, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkannya di sini.

Mengapa Ubisoft memberikan Assassin’s Creed Unity secara percuma? Hal ini kerana game ini menggunakan latar belakang Revolusi Perancis yang berlaku dari tahun 1789 hingga 1799. Dalam game ini, pemain boleh masuk ke dalam Katedral Notre Dame — bangunan yang direkacipta ke dalam game ini hampir 100% tepat dengan bangunan sebenar.

Ubisoft mengambil kira-kira dua tahun untuk mengkaji dan membuat rekaan untuk memasukkan katedral ini ke dalam Assassin’s Creed Unity.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.