Peluang terakhir untuk dapatkan 7 game daripada Ubisoft secara percuma.
Tahun ini Ubisoft meraikan ulang tahun mereka yang ke-30. Mereka sebelum ini telah melancarkan kempen Ubi 30, memberikan 1 game pada setiap bulan, selama 7 bulan berturut-turut.
Terbaru, mereka telah mengumumkan bahawa para pemain akan diberikan peluang terakhir untuk mengambil kesemua 7 game yang diberikan percuma sebelum ini secara serentak. Tawaran ini dibuka dari 15 hingga 18 Disember 2016.
Berikut adalah 7 game yang boleh anda dapatkan di laman Ubi 30:
- Prince of Persia: The Sands of Time
- Splinter Cell
- Rayman Origins
- The Crew
- Beyond Good & Evil
- Far Cry 3: Blood Dragon
- Assassin’s Creed III
Apa anda tunggu lagi, login ke akaun Uplay anda dan dapatkan kesemua 7 game ini.
Comments
Loading…