in , , ,

Ubisoft Batalkan 4 Game Termasuk Ghost Recon Frontline, Tunda Pelancaran Avatar: Frontiers Of Pandora

Ubisoft baru sahaja mengeluarkan laporan kewangan terbaharu syarikatnya. Beberapa berita besar telah diumumkan dalam laporan kali ini.

Antaranya adalah pengumuman penundaan tarikh pelancaran Avatar: Frontiers Of Pandora. Game open-world itu tidak lagi akan dilancarkan pada hujung tahun ini, sebaliknya ditangguhkan ke tahun fiskal seterusnya (April 2023 hingga Mac 2024).

Menurut The Verge, CEO Ubisoft, Yves Guillemot berkata penundaan ini adalah disebabkan, “kami mahu menjadikannya [Avatar] sebuah jenama industri game, ia penting untuk kami mengeluarkan sesuatu yang sempurna.”

Selain itu, Ubisoft turut mengumumkan empat buah game yang mereka telah batalkan pembangunannya. Empat game tersebut adalah Ghost Recon Frontline, sebuah game VR untuk Splinter Cell, serta dua buah game lagi yang mereka tidak pernah dedahkan kepada umum.

Tamparan terbesar tentunya adalah kepada Ghost Recon Frontline. Selepas kegagalan Hyper Scape, dan belum lagi melancarkan Tom Clancy’s XDefiant, Ubisoft pada Oktober lalu telah mengumumkan game shooter itu — sebuah first-person shooter (FPS) battle royale percuma berskala besar yang dibangunkan dengan kolaborasi Ubisoft Belgrade, Ubisoft Craiova, Ubisoft Kyiv, dan Ubisoft Odesa.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Kongsi Butiran Baharu Remake The Last of Us Part I – Gameplay, Permadeath Mode, Speedrun Mode

Marvel’s Spider-Man Remastered Mantapkan Lagi Kualiti Dengan Ciri-Ciri Ini Di PC