Ubisoft telah mengumumkan sebuah servis berpusat yang akan memudahkan semua pemain bermain game-game keluaran mereka dengan beberapa ciri-ciri baharu.
Servis mereka yang sekian lama sudah bertapak, Uplay dan Ubisoft Club akan digabungkan, dan dijenamakan semula menjadi sebuah servis baharu yang digelar Ubisoft Connect. Ciri utama Ubisoft Connect ialah ia akan menyokong cross-play dan cross-progression untuk beberapa game mereka akan datang.
Ubisoft Connect akan menyokong cross-play untuk “kebanyakan” game multiplayer mereka, dan cross-progression pula akan menyokong game-game terbaharu mereka termasuklah Hyper Scape, Assassin’s Creed Valhalla, Immortals Fenyx Rising, dan Riders Republic.
Ubisoft menggambarkan servis baharu ini sebagai sebuah ekosistem servis pemain untuk game-game Ubisoft di semua platform — bakal dilancarkan serentak dengan Watch Dogs Legion pada 29 Oktober ini. Ia akan menawarkan pelbagai kombinasi ganjaran kepada pemain yang setia dan komuniti yang aktif.
Ubisoft Connect akan boleh diakses di PC, Xbox One, Xbox Series X/S, PS4, PS5, Switch, Stadia, iOS, Android, dan laman web.
Korang boleh dapatkan butiran lanjut di laman web rasmi Ubisoft Connect.
Comments
Loading…