in

Ubisoft Akan Memperkenalkan Game Battle Royale FPS Futuristik Pada 2 Julai Ini – Pesaing Apex Legends?

Game terbaharu daripada Ubisoft yang bakal menjadi pesaing kepada Apex Legends? Kedengarannya seperti begitu.

Beberapa laporan awal telah muncul yang mendedahkan tentang game akan datang Ubisoft ini, dan seterusnya Ubisoft sendiri nampaknya sudah mula mengacah tentang game ini.

Laporan awal tentang game ini telah didedahkan oleh Rod “Slasher” Breslau di Twitter. Beliau menyatakan game tersebut ialah sebuah “game baharu AAA multiplayer fast-paced FPS Battle Royale” yang diberi nama Hyper Scape.

https://twitter.com/Slasher/status/1277584260182966274?s=20

Pastinya game ini merupakan pesaing utama kepada Apex Legends kelak kerana ciri-ciri game ini sangat mirip dengan game battle royale yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment itu. Hyper Scape dilaporkan adalah percuma (free-to-play) yang menggunakan latar belakang futuristik.

Game ini dikatakan akan dilancarkan ke PC dan konsol pada tahun ini, bersama-sama dengan kehadiran sokongan cross-play. Sesi closed beta pula dilaporkan akan berlangsung pada minggu hadapan, manakala open beta pula akan diadakan pada 12 Julai.

Salah satu pembaharuan yang bakal dibawakan ke dalam game ini ialah kerjasama antara Ubisoft dengan Twitch yang akan diintegrasikan ke dalam Hyper Scape. Chat di Twitch semasa livestream nanti akan memberikan impak secara langsung kepada acara yang sedang berlaku dalam game. Di bawah ialah salah satu cara bagaimana ia dikatakan akan memberi kesan secara langsung ketika livestream:

Ubisoft dilaporkan sudahpun bekerjasama dengan streamer, pro gamer, dan Youtuber untuk mempromosikan game ini.

Di sebalik kesemua butiran daripada laporan ini, Ubisoft sebenarnya juga telah mengacah secara rasmi Hyper Scape. Sebuah laman web palsu, Prisma Dimensions telah dinaikkan, kononnya CEO syarikat itu sedang menggambarkan tentang sebuah bandar maya yang digelar Neo Arcadia.

Lebih menarik, laman web tersebut menyatakan yang butiran lanjut tentang Hyper Scape ini akan didedahkan pada 2 Julai ini. Apa yang akan didedahkan? Masih menjadi tanda tanya.

Di bawah pula ialah beberapa seni konsep yang dikongsikan oleh streamer Twitch, FFearFFul, yang mana tweet ini juga telah di-retweet oleh akaun rasmi Ubisoft Middle East.

Jadi, apa kata korang? Mampukah Hyper Scape benar-benar memberikan saingan kepada Apex Legends yang sudah lebih daripada setahun mengukuhkan tapaknya? Kongsikan di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Julai 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Julai 2020

Cyberpunk Versi China? Ya, Tencent Sedang Bangunkan Game Open-World FPS Ini

Cyberpunk Versi China? Ya, Tencent Juga Sedang Bangunkan Game Open-World FPS