in ,

Ubisoft Lanjutkan Tempoh Waktu Untuk Tebus Watch Dogs 2 Secara Percuma Selama 2 Hari [KEMASKINI]

[KEMASKINI]:

Selepas laman web Ubisoft tidak tidak mampu menampung trafik yang tinggi ketika Ubisoft Forward kerana terlalu ramai ingin mendapatkan Watch Dogs 2 secara percuma, Ubisoft telah melanjutkan tempoh waktu yang dibenarkan untuk menebusnya.

Korang kini berpeluang untuk dapatkan Watch Dogs 2 secara percuma sehingga 16 Julai ini, jam 3 pagi (waktu Malaysia). Apabila berjaya mendapatkannya, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkan melalui pautan ini.

[LAPORAN ASAL]:

Kebanyakan penerbit-penerbit gergasi telahpun mengadakan ‘acara E3’ mereka sendiri untuk tahun ini, seperti Microsoft, Sony, CD Projekt Red, EA dan banyak lagi. Hanya satu saja lagi penerbit besar yang belum mengadakan acara digital mereka iaitu Ubisoft.

Ubisoft Forward akan berlangsung pada 13 Julai, 3 pagi (waktu Malaysia).

Dalam satu video baharu yang dikeluarkan, Ubisoft telah mengacah para peminat dengan apakah beberapa game utama yang bakal diperlihatkan dalam acara itu nanti. Antara yang menjadi fokus utama ialah Assassin’s Creed Valhalla, Hyper Scape, Watch Dogs Legion serta beberapa lagi game yang bakal memberikan kejutan.

Semasa acara ini berlangsung nanti, Ubisoft akan memberikan Watch Dogs 2 secara percuma melalui Uplay. Apa yang korang perlu lakukan ialah log masuk ke dalam Uplay semasa Ubisoft Forward ini berlangsung, dan korang boleh tebus game ini secara percuma. Maaf pemain konsol, tiada game percuma untuk korang.

Korang boleh tonton Ubisoft Forward melalui channel rasmi Ubisoft di Twitch dan Youtube.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Super Mecha Champions Lancarkan Musim S5 'Summer Sport Meet' Dengan Pelbagai Kandungan Baru

Super Mecha Champions Lancarkan Musim S5 ‘Summer Sport Meet’ Dengan Pelbagai Kandungan Baru

PES Bakal Kehilangan Lesen Rasmi Untuk AC Milan Dan Inter Milan

Konami Dan PES Bakal Kehilangan Lesen Rasmi Untuk AC Milan Dan Inter Milan