in , , ,

Ubisoft Akan Bawakan Fungsi Cross-Play Ke Semua Game PvP Mereka

Zaman di mana para pemain hanya bermain dengan pemain yang berada di platform sama sahaja adalah satu era yang sudah kita semua tinggalkan.

Terbaru, Ubisoft telah mendedahkan bahawa mereka akan membawakan fungsi cross-play ke dalam semua game online PvP mereka. Atau dalam kata mudah, pemain PS4, Xbox One dan PC (dan platform-platform lain) akan boleh main bersama.

“Matlamat kami ialah untuk meletakkan cross-play ke dalam semua game PvP yang kami miliki pada ketika,” kata CEO Ubisoft, Yves Guillemot semasa membentangkan laporan kepada para pelabur, lapor Polygon.

Game PvP keluaran Ubisoft yang stabil pada ketika ini ialah Rainbow Six Siege dan For Honor. Apabila mereka meletakkan fungsi cross-play ini kelak, tumpuan pastinya terarah kepada game shooter, Rainbow Six Siege — adakah mereka akan memperkenalkan matchmaking yang mempertemukan pemain berdasarkan perkakasan yang digunakan (controller/mouse/keyboard)? Antara game yang menggunakan matchmaking seperti ini ialah Fortnite dan Call of Duty: Modern Warfare

Fungsi ini dapat dijadikan kenyataan disebabkan Sony telah memecahkan “tembok” tersebut. Sony pada tahun 2018 telah membuka pintu hatinya untuk membenarkan para pemain di PS4 bermain bersama pemain di platform lain, bermula dengan Fortnite. Pada ketika ini, Sony telahpun mengumumkan bahawa kesemua game PS4 boleh meletakkan fungsi cross-play, bergantung kepada pembangun game masing-masing untuk membawakannya ataupun tidak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. hari gini masih aja mau ditipu ke dukun melipat gandakan duit???
    yang bener itu bukan ke dukun yaaach guys….tapi ke QQHarian….
    bagi yang penasaran ajaaa….

JomKomen!

Loading…

0
Jangan Tonton Trailer Pelancaran Death Stranding Kalau Nak Elakkan Spoiler Kerana Ianya Hampir 8 Minit

Jangan Tonton Trailer Pelancaran Death Stranding Kalau Nak Elakkan Spoiler Kerana Ianya Hampir 8 Minit

Apex Legends Akan Bertukar Ke Map Baru, Bersedia Untuk Bertempur Di Atas Kereta Api Bergerak

Apex Legends Akan Membawakan Duos Pada Minggu Hadapan!