in

#TwtUpGamersMY: Jom Geng Gamers Seluruh Malaysia, Kita Bersembang & Chill!

Apa yang akan terjadi apabila anda duduk bersembang fasal game, masuk tournament lite-lite sambil menikmati hidangan yang enak bersama rakan? Jadilah ia #TwtUpGamersMY!

twt MY

#TwtUpGamersMY merupakan sebuah perjumpaan atau meetup santai yang dianjurkan oleh para pencinta gaming dari laman media sosial Twitter. Ia adalah perjumpaan yang menyediakan beberapa aktiviti santai yang menarik seperti bersembang (semestinya mengenai gaming!), podcasting, mini tournament, cabutan bertuah dan banyak lagi!

Berikut adalah butiran yang perlu anda tahu mengenai perjumpaan ini:
– Tarikh: 16 April 2016 (Sabtu)
– Masa: 12 pm – 3pm
– Tempat: The Gravy Factory, Nu Sentral, Kuala Lumpur.
– Bayaran: RM60 (termasuk minuman dan t-shirt eksklusif)

image

Lebih menarik, perjumpaan ini akan berkolaborasi bersama Rambling Monkeys yang akan ber-podcasting bersama beberapa jemputan. Selain itu, KITAMEN akan turut hadir di perjumpaan ini bagi memeriahkan lagi suasana dengan kehadiran beberapa gaming platforms untuk kegunaan para gamers yang datang.

Perjumpaan ini pertama kalinya diadakan pada tahun lalu, di mana ia dimulakan oleh beberapa rakan online, yang memiliki minat yang sama, iaitu gaming. Selepas melihatkan kemeriahan perjumpaan ini pada tahun lalu, yang mana lebih ramai telah menyatakan minat mereka untuk sama-sama menyertai, ia telah memberi mereka lebih semangat untuk meneruskannya pada tahun ini pula.

Berikut adalah beberapa gambar kenangan yang telah diambil pada perjumpaan tahun lalu:

16769229027_b93e9f7c6c_k 16789219010_c4901842fa_k 16354514284_f909555407_k 16354480024_04932ead9c_k

Anda boleh lihat album penuh #TwtUpGamersMY pada tahun lalu di sini.

Untuk pertanyaan lebih mengenai perjumpaan ini, anda boleh lanjutkannya ke emel: [email protected] atau boleh hubungi Natasha Eleena di Twitter: @nuttykitteh

Kami di JomGaming akan turut menyertai #TwtUpGamersMY pada tahun ini. Anda bagaimana? Jumpa di sana!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CSGO: Luminosity Gaming Juara MLG CS:GO Major Championship!

Pengakhiran Uncharted 4 Akan Membuat Pemain Berbelah Bahagi & Bertengkar