Two Point Hospital merupakan ‘spiritual successor’ kepada Theme Hospital. Ia telah dilancarkan untuk platform PC pada Ogos 2018.
Kini, Sega telah mengumumkan bahawa game ini akan ke platform konsol pada akhir tahun ini. Two Point Hospital akan dilancarkan ke PS4, Xbox One dan Switch pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.
Versi konsol ini akan dilancarkan bersama-sama dengan kesemua kandungan tambahan selepas pelancaran yang telah dibawakan ke PC sebelum ini — seperti keupayaan untuk copu/paste rekaan bilik, alat rekaan dalaman dan pengubahsuaian karakter. Ia turut memasukkan sekali expansion Bigfoot.
Two Point Hospital merupakan sebuah game bergenre simulasi untuk menguruskan sebuah hospital. Pemain dikehendaki untuk menjaga kebajikan pesakit serta menghadapi pelbagai situasi-situasi aneh. Game bertambah lucu apabila apa yang dirancang tidak menjadi seperti yang sepatutnya.
Korang boleh saksikan trailer untuk versi konsol di bawah:
Comments
Loading…