EA dan DICE nampaknya memang suka ‘menyeksa’ para peminat Battlefield.
Selepas terus membisu pada minggu lalu, yang mana ramai menjangkakan DICE akan mengumumkan sesuatu tentang Battlefield, kita nampaknya tidak akan mendapat apa-apa info rasmi tentang game shooter itu sehingga bulan hadapan.
Akaun Twitter rasmi Battlefield telah mengacah sesuatu dalam masa terdekat (soon) pada Jun ini. Walaupun tidak menyatakan apa-apa secara jelas, tentunya ini merupakan acara pendedahan untuk Battlefield seterusnya yang dinantikan ramai.
Sebelum ini, dua keping screenshot dari trailer pertama Battlefield itu telah tertiris — memaparkan pandangan udara sebuah lokasi pulau terpencil serta memaparkan di dalam helikopter dari pandagan seorang pemain yang sedang mengawalnya.
Battlefield baharu akan dilancarkan hujung tahun ini.
Comments
Loading…