in

Twitter Dedahkan Banyak Fakta Menarik Tentang Gaming Di Platform Media Sosial Itu Sepanjang 2019

Tahun 2019 semestinya tahun yang penuh warna-warni dalam industri gaming. Terbaru, Twitter telah mendedahkan beberapa fakta menarik tentang apakah yang telah gamer tweet sepanjang 2019.

Pertamanya, dicatatkan 1.2 billion tweet telah dikeluarkan berkaitan gaming, meningkat kira-kira 20 peratus berbanding tahun 2018. Kemudian, mendedahkan apakah game paling banyak dibualkan, pasukan esports, negara mana paling banyak tweet tentang gaming, acara gaming, acara esports dan personaliti gaming.

Apa yang boleh dikatakan sebagai agak mengejutkan apabila Fortnite bukanlah game paling banyak dibualkan — di sebalik bermacam pencapaian yang diterima game itu seperti game digital yang menjana pendapatan paling tinggi sepanjang 2019. Lain-lain senarai pula boleh dikatakan tiada apa yang mengejutkan.

Jom kita tengok siapa dan apa yang paling banyak dibualkan oleh pengguna Twitter tentang gaming.

Game Paling Banyak Dibualkan:

  1. Fate/Grand Order
  2. Fortnite
  3. Final Fantasy
  4. Identity V
  5. Granblue Fantasy
  6. Ensemble Stars
  7. Monster Strike
  8. PlayerUnknown’s Battlegrounds
  9. Minecraft
  10. Super Smash Bros.

Pasukan Esports Paling Banyak Dibualkan:

  1. FaZe Clan
  2. G2 Esports
  3. Cloud9
  4. Fnatic
  5. 100Thieves
  6. Team Liquid
  7. Team SoloMid
  8. Flamengo
  9. MAD Lions (sebelum ini Splyce)
  10. OpTic Gaming

Negara Yang Mengeluarkan Tweet Paling Banyak Tentang Gaming:

  1. Jepun
  2. Amerika Syarikat
  3. Korea Selatan
  4. Thailand
  5. Brazil
  6. Perancis
  7. Britain
  8. Indonesia
  9. Sepanyol
  10. Filipina

Acara Gaming Paling Banyak Dibualkan:

  1. E3 2019
  2. Tokyo Game Show 2019
  3. The Game Awards 2019
  4. Paris Games Week
  5. FGO Fest
  6. Gamescom 2019
  7. BlizzCon 2019
  8. TwitchCon 2019
  9. Tokaigi Game Party Tokyo 2019
  10. PAX East 2019

Acara Esports Paling Banyak Dibualkan:

  1. LoL Worlds 2019
  2. EVO 2019
  3. Fortnite World Cup 2019
  4. The International 2019
  5. The Overwatch League 2019 Finals
  6. IEM Katowice CS:GO Major
  7. Call of Duty World Championship
  8. LoL MSI 2019
  9. CWL Anaheim
  10. CWL Miami

Personaliti Gaming Paling Banyak Dibualkan:

  1. Ninja (@Ninja)
  2. ElRubius (@Rubiu5)
  3. Jacksepticeye (@Jack_Septic_Eye)
  4. Tfue (@TTfue)
  5. CourageJD (@CouRageJD)
  6. Nadeshot (@Nadeshot)
  7. Pokimane (@pokimanelol)
  8. TimTheTatman (@timthetatman)
  9. Dr Lupo (@DrLupo)
  10. Dr. Disrespect (@drdisrespect)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pandangan 3rd-Person Antara 7 Mode Baru Apex Legends Bermula Minggu Depan

Pandangan 3rd-Person Antara 7 Mode Baru Apex Legends Bermula Minggu Depan

Game Baru Star Wars Pada 2021 Dilaporkan Akan Menjadi Permulaan Kepada Saga Filem Yang Baru

Game Baru Star Wars Pada 2021 Dilaporkan Akan Menjadi Permulaan Kepada Saga Filem Yang Baru