Twitch telah mengumumkan bahawa ahli-ahli Twitch Prime sekarang akan menerima game percuma setiap bulan sebagai sebahagian daripada langganan mereka, bermula hari Khamis, 15 Mac.
Game percuma sudah mula boleh didapati untuk pelanggan Twitch Prime. Ahli-ahli Twitch Prime boleh memuat-turun Devil May Cry HD secara percuma. Walau bagaimanapun, nampaknya ia seperti pilihan game PC percuma secara bulanan sekarang akan membenarkan ia dimasukkan ke dalam pakej keahlian Prime, di bawah tajuk Free Games dalam Prime.
Pada bulan ini, pelanggan akan menerima Superhot, Oxenfree, Shadow Tactics, Mr. Shifty dan Candlekeep: Tomb of Annihilation. Pada bulan April, Prime akan membawakan himpunan game Telltale seperti Borderlands, SteamWorld Dig 2, Tokyo 42, Kingsway dan Dubwars.
Melainkan jika Free Games dengan Prime menyimpang dari kaedah penghantaran Twitch seperti biasa, korang perlu memuat turun Twitch Desktop App untuk mengakses game bulanan.
Servis terbaru ini bolehlah dikatakan sebagai pesaing kepada langganan PlayStation Plus dan Xbox Live Gold, yang ada kini di dua konsol itu.
Comments
Loading…