in , , ,

Twitch Kini Membenarkan Penonton Menapis Bilangan Pemain Yang Hidup Dalam Stream PUBG

Tak bosan menunggu lagi.

Mana-mana game bergenre battle royale, lebih sikit bilangan pemain yang masih hidup, lebih tegang perlawanan itu dan lebih seronok untuk ditonton.

Dibandingkan dengan Fortnite, PUBG yang mempunyai map yang lebih besar memerlukan lebib lama masa untuk dihabiskan. Jadi, kadang-kala penonton streaming yang ingin sampai kepada momen-momen yang tegang itu, agak bosan menunggu.

Tapi semua itu korang tidak perlu risau lagi kerana Twitch telah menambah satu fungsi yang membantu penonton streaming dalam situasi itu. Platform streaming itu telah menambah tapisan (filter) untuk Team Type (solo, duo, squad) serta bilangan pemain yang masih hidup dalam game tersebut.

Korang boleh tapis daripada pilihan yang ada iaitu lebih daripada 50, 25 hingga 50 atau kurang daripada 25 pemain.

Jadi, jangan tunggu-tunggu, korang boleh terus cuba tapisan terbaru ini di Twitch PUBG.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sukan Asia 2018 Dah Dekat – Apa Perancangan Kerajaan Baru Untuk Esports?

Rage 2 Bakal Tiba 2019 - Saksikan Gameplay Trailer

Rage 2 Bakal Tiba 2019 – Saksikan Gameplay Trailer