in

Twitch Haramkan Dr Disrespect Daripada Platform Streaming Itu, Dilaporkan Pengharaman Kekal

Tiada angin, tiada ribut, Twitch telah mengharamkan Guy Beahm atau lebih dikenali sebagai Dr Disrespect daripada dibenarkan untuk melakukan livestream di platform itu.

Lebih mengejutkan, menurut beberapa sumber yang dilaporkan Kotaku, pengharaman tersebut adalah bersifat kekal, atau dalam kata lain Twitch telah mengharamkan streamer yang cukup popular itu buat selama-lamanya.

Paling misteri tentang isu ini, sehingga kini kita masih belum mengetahui apakah sebenarnya punca beliau diharamkan secara kekal. Dan ramai pihak sudah mula berteori tentang sebabnya.

Pada mulanya, orang ramai berpendapat Dr Disrespect telah melanggar akta hakcipta yang digariskan oleh Twitch. Namun, kita dapati ia bukanlah punca sebenar.

Apabila ditanyakan persoalan ini kepada pihak Twitch, mereka hanya menjawab secara umum tanpa memberi butiran spesifik mengapa Dr Disrespect telah diharamkan dari platform tersebut. Ini komen yang diberikan oleh Twitch, lapor Kotaku:

“Dalam proses, kami mengambil tindakan yang sepatutnya apabila kami mempunyai bukti bahawa seseorang streamer itu telah bertindak dengan melanggar Garis Panduan Komuniti atau Terma Servis kami. Perkara ini terpakai kepada semua streamer tidak mengira status atau populariti dalam komuniti ini.”

Lanjutan daripada pengharaman Dr Disrespect ini, Twitch telah memulangkan kembali wang kepada penonton yang melanggan channel beliau, sekaligus semua emote milik Dr Disrespect telah dipadamkan.

https://twitter.com/Dexerto/status/1276694463897907201?s=20

Dr Disrespect sebelum ini pernah digantung di Twitch, namun ia hanya bersifat sementara. Pada tahun lalu, kebenaran untuk streaming digantung sementara kerana beliau bersiaran secara langsung dari tandas awam semasa E3.

Malah, kontroversi yang melanda Dr Disrespect bukanlah sesuatu yang baru. Antara isu baru yang ditimbulkannya ialah menyebarkan tentang teori konspirasi yang berkait dengan penularan wabak pandemik COVID-19.

Sama-samalah kita nantikan kenyataan daripada Dr Disrespect sendiri dan sama ada Twitch akan mendedahkan sebab sebenar beliau diharamkan ataupun tidak.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Perjanjian PES Dengan Konami Dilaporkan Menghalang Barcelona Untuk Menyertai Kejohanan FIFA 20

Kerjasama EA Dan LaLiga Dalam Game FIFA Dilanjutkan Lagi 10 Tahun

The Last of Us 2 Kini Game Eksklusif PS4 Terpantas Terjual Dengan 4 Juta Unit Dalam 3 Hari