Baru selesai melancarkan Vampyr pada minggu ini, Dontnod Entertainment dan Bandai Namco Entertainment menampilkan game terbaru mereka, Twin Mirror.

Sebelum ini, JomGaming pernah melaporkan berita tentang pakatan rahsia antara Dontnod Entertainment bersama Bandai Namco Entertainment untuk membangunkan IP baru yang penuh dengan elemen penyiasatan dan berlatarbelakangkan di sebuah bandar fiksyen di Amerika Syarikat.

Pada hari ketiga pendedahan oleh PlayStation sebelum menjelang acara kemuncak E3 2018, misteri IP baru akhirnya terungkai oleh pengumuman game terbaru dari Dontnod dengan kerjasama terbitan Bandai Namco berjudul Twin Mirror.

Twin Mirror mengisahkan seorang lelaki bernama Sam pulang kembali ke Basswood, West Virginia untuk menghadiri majlis pengebumian kawan rapatnya. Dalam cubaan Sam untuk pulihkan hati yang pilu, kehadirannya di kampung halamannya tidak disenangi oleh orang di pekan. Namun pada suatu hari, Sam tiba-tiba bangun di bilik hotel dengan keadaan dirinya berlumuran darah tanpa apa-apa ingatan tentang apa yang telah terjadi pada malam sebelum ini.

Tidak tersimpang jauh dari Life is Strange yang melonjakkan nama Dontnod, Twin Mirror memerlukan pemain untuk membantu Sam melihat kembali dan menyiasat setiap simpulan memori yang diselubungi misteri di sekitar Basswood. Game berbentuk naratif berat ini akan menjurus ke dalam elemen penyiasatan yang mementingkan aspek masa kerana setiap pilihan akan mempengaruhi masa depan Sam.

Walaupun kualiti game itu tampak sugul berdasarkan trailer di atas, Twin Mirror masih lagi dalam fasa pembangunan awal. Tambahan pula, Dontnod juga sedang giat membangunkan Life is Strange 2. Jadi, kita haruslah bersabar kerana Twin Mirror dijangka akan lancar pada tahun 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.