in , , ,

Twelve Minutes: Game Thriller Yang Dibintangi Daisy Ridley, James MacAvoy Akan Dilancarkan Ogos Ini

Twelve Minutes, game yang membariskan bintang-bintang hebat Hollywood, iaitu Daisy Ridley, James MacAvoy, dan Willem Dafoe sebagai pelakon suaranya, kini telah mendapat tarikh pelancaran.

Diumumkan semasa E3 2021, Twelve Minutes akan dilancarkan pada 19 Ogos 2021 untuk PC, Xbox Series dan Xbox One.

Tarikh pelancaran ini didedahkan dalam satu trailer pendek, mengingatkan kembali para peminat tentang apakah game ini sebenarnya.

Twelve Minutes merupakan sebuah game naratif-interaktif bergenre thriller yang menggunakan pandangan top-down di mana watak utamanya akan terperangkap dalam pengulangan masa (time loop) banyak kali setiap 12 minit yang berakhir dengan tragedi kepada protagonis. Tapi dengan sedikit pemerhatian dan perubahan, pemain boleh mengubah jarak masa dan mungkin boleh terselamat dari tragedi tersebut.

Pada asalnya, ia merupakan projek solo oleh Luis Antonio. Tapi kemudian penerbit Annapurna Interactive memilih untuk membantu pembikinan game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Disney Benarkan Ubisoft Bikin Game Star Wars Semasa Pertemuan Pertama Bincang Game Avatar

Godfall: 13 Benda Korang Patut Tahu Tentang Game Pertama PlayStation 5

Game Eksklusif Konsol PS5, Godfall Akan Turut Dilancarkan Ke PS4 Ogos Ini