Menu
in , , , , ,

Twelve Minutes Akan Dilancarkan ke PS5, PS4, Switch Pada Disember Ini

Annapurna Interactive telah mengumumkan bahawa Twelve Minutes akan dilancarkan ke PS5, PS4, dan Nintendo Switch pada 7 Disember 2021.

Sebelum ini, game interaktif adventure ini telahpun dilancarkan ke PC, Xbox One dan Xbox Series pada Ogos lalu.

Saksikan trailer pengumuman untuk pelancaran ke platform-platform baharu ini di bawah:

JomBaca: Hideo Kojima Puji 12 Minutes, Buatnya Teringin Bikin Satu Lagi Game Adventure

12 Minutes merupakan sebuah point-and-click adventure game yang dibangunkan oleh Luis Antonio, diterbitkan oleh Annapurna Interactive, serta dibintangi oleh James McAvoy, Daisy Ridley, dan Willem Dafoe sebagai pelakon suara.

Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami berkata, “12 Minutes memiliki asas cerita dan persekitaran yang ringkas, namun bagaimana ia dirumitkan menjadi satu penceritaan time loop yang kompleks membuatkan ia mengangkat game indie ini menjadi sebuah karya yang menyegarkan.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version