Tengah syok berlumba kereta tu, jangan tinggalkan pula bola golf kat belakang dalam Turbo Golf Racing.
Turbo Golf Racing merupakan sebuah game sukan dan perlumbaan yang dibangunkan oleh Hugecalf Studios dan diterbitkan oleh Secret Mode untuk platform PC, Xbox One dan Xbox Series.
Game ni korang boleh katakan ala-ala Rocket League tapi gantikan bola sepak dengan bola golf, gantikan tiang gol dengan lubang golf.
Sasarkan tepat ke arah lubang golf
Turbo Golf Racing memerlukan korang untuk mengawal kereta lumba membawa bola golf sehingga ke lubang gol. Korang boleh mengubahsuai kereta lumba dari badan, tayar dan sehingga ke warnanya. Malah korang juga boleh ubah suai bola golf.

Sebelum masuk ke perlawanan, korang kena pilih dulu 2 cores yang akan membantu korang untuk membawa bola golf dengan lebih pantas. Terdapat pelbagai jenis cores yang boleh dipilih, tapi saya lebih suka gunakan Shock dan power boost kerana ianya lebih mudah untuk digunakan.
Shock membolehkan korang ‘menendang’ bola golf dengan perlahan dari jarak jauh. Ini akan membantu korang untuk mengawal kelajuan bola golf supaya ia tidak bergerak terlalu laju, terutamanya apabila korang dah sampai dekat dengan lubang gol, core Shock sangat penting di sini.
Manakala power boost membolehkan kereta korang bergerak dengan lebih pantas menggunakan turbo tapi memakan tenaga turbo lebih cepat.

Semasa dalam perlawanan, korang akan bertarung dengan 8 pemain lain. Masing-masing membawa bola golf. Cabaran pemain di sini adalah tempat perlawanannya, sangat dinamik dan mempunyai peringkat.
Semasa membawa bola golf, ada sesetengah jalan yang dapat membantu kereta untuk boost lebih laju. Apa yang penting korang kena elakkan jalan pasir, kelajuan kereta akan menurun dengan drastik.

Tempat perlawanannya walaupun menyediakan jalan lurus, namun korang boleh gunakan jalan pintas untuk sampai ke lubang gol lebih cepat. Tapi ini memerlukan skill pemain sedikit terutamanya untuk terbang. Ya! Kereta lumba korang boleh terbang malah mampu melakukan flip untuk tendang bola golf lebih laju.
Terdapat juga power ups yang boleh diambil oleh pemain di tempat perlawanan. Power ups yang disediakan seperti rocket, shield dan energy untuk refill turbo. Rocket ialah kegemaran saya kerana boleh sabotaj pemain lain dengan stun mereka selama beberapa saat sebelum boleh begerak. Tapi mereka juga boleh memintas serangan rocket jika mereka mengambil shield.

Satu lagi cabaran pemain adalah semasa ‘menendang’ bola golf kerana terdapat elemen fizik di mana bola golf akan bergerak ke arah lain. Dan pergerakan itu akan ditentukan dari arah mana kereta pemain bergerak. Ini digabungkan dengan kelajuan kereta dapat memberikan cabaran kerana pemain perlu menentukan sama ada untuk terus laju atau perlahan sebentar untuk perbetulkan pergerakan bola golf. Kalau tak, masuk gaung la bola golf.
Setiap perlawanan ada 3 peringkat, kemenangan pemain akan ditentukan berdasarkan berapa pantas pemain bawa bola golf ke lubang gol dan jumlah mata yang dikumpul sepanjang 3 peringkat tersebut.

Points akan diberikan kepada pemain setiap kali selesai perlawanan. Points itu korang boleh gunakan untuk beli kosmestik di shop seperti badan kereta, warna bola golf yang lebih menarik dan banyak lagi.
Itu baru multiplayer mode, Turbo Golf Racing juga menyediakan mode Solo. Mode ini boleh dikatakan sebagai pengenalan korang untuk menyesuaikan dengan kawalan permainan dan tempat perlawanan. Dan jika korang pantas menghabiskan perlawanan, korang akan diberikan 3 stars dan kebanyakan Cores boleh di-unlock di sini dengan mengumpul stars.

Namun, saya mengharapkan pembangun menambah mode player Vs A.I. bagi mereka yang mahu mendapatkan gambaran sebelum terjun ke dalam perlawanan sebenar. Atau bagi mereka yang mahu main secara offline.
Dari segi kawalan, saya recommend guna controller daripada mouse dan keyboard. Kawalan mouse dan keyboard agak tidak smooth dan clunky, terutamanya semasa memusingkan kereta. Jangan risau kerana game ini menyokong kawalan controller di PC dan cross platform.
Grafik yang colorful

Satu lagi aspek yang perlu ditekan di sini adalah grafiknya. Details yang diletakkan pada setiap map perlawanan sangat cantik. Ada map yang dipenuhi dengan pokok-pokok merah atau ungu. Warna stadium yang pelbagai juga menarik.
Muzik yang catchy
Jujur saya katakan yang saya banyak habiskan masa di main menu hanya untuk dengar muziknya. Muziknya catchy dan sedap untuk didengar. Dari segi efek bunyi, walaupun ada beberapa bahagian yang agak hit or miss. Tapi secara keseluruhannya ok bagi saya.
Keputusan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?
Turbo Golf Racing sesuai bagi korang yang dah biasa main game macam Rocket League tapi mahukan kelainan dari segi jenis sukan.
Bagi korang yang tidak menggemari game sukan dan perlumbaan seperti ini, Turbo Golf Racing mungkin tidak sesuai bagi korang.
+ Gameplay dengan elemen fizik pada bola golf yang mencabar
+ Muzik yang best
+ Grafik yang bagus
– Tiada mode player Vs A.I.
– Kawalan mouse dan keyboard yang tidak smooth dan clunky
Comments
Loading…