Akhirnya, Ark: Survival Evolved yang mendapat penerimaan positif di Steam bakal tiba ke PlayStation 4.
Studio Wildcard telah mengumumkan Ark: Survival Evolved akan tiba ke platform PS4 dengan kesemua DLC termasuklah yang terkini iaitu DLC Scorched Earth. Koleksi ini akan disatukan sebagai Ark: Survivor’s Pack dan berharga pada USD54.99 (~RM245).
Selain itu, Ark: Survivor’s Pack turut mengandungi content eksklusif untuk pemain-pemain PS4 seperti set lengkap Manticore armor beserta skin untuk Bionic Giganotosaurus.
Comments
Loading…