Nak tunggu pelancaran Cyberpunk 2077 memang lama lagi. Jadi, jom kita serikan penantian kita dengan aktiviti ini.
CD Projekt Red telah mengeluarkan filter rasmi untuk Instagram bertemakan Cyberpunk 2077. Apabila menggunakan kamera selfie, filter ini akan menukarkan wajah korang kepada beberapa bentuk robotik yang menarik.
Untuk dapatkan filter ini, korang hanya perlu klik pautan ini (klik dari telefon pintar, bukan dari desktop). Apabila klik pautan di atas, ia akan membuka kepada satu filter sahaja. Korang perlu klik pembangun filter tersebut (cyberpunkgame) untuk dapatkan filter-filter lain.
Yes! Our filters are now available on @instagram!
Get cyberpunked at https://t.co/JaPNNeOFr6 pic.twitter.com/mIri59MTDo
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) November 25, 2019
Sebelum ini, CD Projekt Red ada mengacah sesuatu untuk Cyberpunk 2077 yang mana ramai merasakan bahawa game ini akan menampilkan Photo Mode.
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.
Comments
Loading…