Perniagaan mobile game merupakan sesuatu yang besar di Malaysia dan ia mencatatkan keuntungan yang tinggi pada tahun lepas.

Menurut Chartboost, sebuah syarikat platform mobile game yang terletak di San Francisco, mengatakan bahawa pasaran video game di Malaysia telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM418 juta pada tahun 2018.

Mobile game telah menyumbangkan separuh dari jumlah tersebut iaitu sebanyak RM227 juta untuk keseluruhan pasaran video game. Yang mana selebihnya merupakan keuntungan dari online game yang dimuat-turun dari konsol dan PC.

Pakar-pakar analisis menjangkakan bahawa menjelang tahun 2023, mobile game akan kurang menarik untung yang banyak. Ini kerana game-game PC akan terus mendominasi pasaran Malaysia disebabkan oleh rendahnya kuasa membeli dalam kalangan penduduk tempatan.

Data dari Chartboost menunjukkan kos yang diambil untuk menarik minat seorang pemain ke aplikasi Android adalah diantara 75 sen dan RM2.42 kerana keadaan trafik di Malaysia tidak mahal.

Berdasarkan informasi statistik yang telah dikumpulkan syarikat Statista yang terletak di German, jumlah populasi pemain di Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan adalah sama iaitu sebanyak 55.3% bagi lelaki dan 44.7% bagi perempuan.

39.5% mempunyai jumlah pemain yang berumur dalam lingkungan diantara 25 hingga 34 tahun. Sementara kumpulan kedua terbesar telah disumbangkan oleh pemain yang berumur 35 hingga 44 tahun pada kadar 23.9%.

Ia diikuti pula dengan 23.8% oleh pemain-pemain muda yang berumur 18 sehingga 24. Manakala kumpulan yang paling kurang menghabiskan masa bermain adalah mereka yang berumur diantara 45 hingga 55 tahun iaitu 10.2% bagi 45-54 tahun dan 2.8% bagi 55 tahun dan ke atas.

StatCounter, laman web yang menganalisis web trafik dari Ireland berkata orang Malaysia lebih suka sebuah game yang mana mereka boleh bermain bersama (multiplayer) dengan pemain dari negara-negara Asia lain.

Ini adalah lima game yang paling banyak dimainkan oleh orang Malaysia menurut senarai top five most played mobile games di Google Play Store:

1. PUBG Mobile

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) merupakan sebuah game multiplayer yang bertemakan genre battle royale yang dibangunkan oleh PUBG Corp. Dengan lebih daripada 100 juta muat turun di Google Play Store, game ini menjadi best-selling dan most-played di mobile game sepanjang masa pada bulan Jun 2018.

Pemain bersama dengan 100 pemain yang lain akan bertempur sesama sendiri sehingga hanya tinggal seorang yang boleh digelar sebagai pemenang. Disebabkan oleh komunitinya yang aktif, pemasaran tidak diperlukan untuk mempromosikan game ini. Namun, game ini telah diharamkan di sesetengah negara kerana dikatakan ia boleh menyebabkan ketagihan melampau kepada pemain muda.

JomBaca: PUBG Telah Diharamkan Di Jordan, Fortnite Akan Turut Diharamkan Dalam Masa Terdekat

2. Mobile Legends: Bang Bang 

Ini merupakan sebuah game multiplayer online battle arena yang mana telah dibangunkan oleh Shanghai Montoon Technology.

Ia juga popular di Asia Tenggara dengan jumlah muat turun melebihi 100 juta dan telah disahkan sebagai game pertama dalam eSport yang akan termasuk dalam acara Sukan Asia Tenggara 2019.

Pemain boleh memilih hero kegemaran pemain. Mereka akan berentap dalam perlawanan 5v5 di mana pemain perlu musnahkan kubu pertahanan lawan dari awal sehingga yang terakhir untuk mencapai kemenangan.

3. Pokemon Go

Satu lagi game yang telah dimuat-turun lebih daripada 100 juta ialah Pokemon Go, sebuah game augmented reality yang dibangunkan oleh Niantic. Berkolaborasi dengan Nintendo Co Ltd dan The Pokemon Co, ia telah dikeluarkan pada tahun 2016 untuk Android dan iOS.

Pemain perlu menggunakan GPS untuk mencari, memburu, menangkap, berlatih dan berlawan dengan makhluk-makhluk Pokemon yang boleh dikesan di dunia sebenar. Pokemon Go kekal dalam posisi sebagai game yang paling sensasi dan digelar sebagai “Best Mobile Game” oleh Game Developer Choice Awards dan “Best App of the Year” oleh TechCrunch.

4. Clash of Clans

Clash of Clans pula merupakan sebuah game strategi yang dibangunkan oleh Supercell, sebuah syarikat game dari Finland.

Game ini bertemakan dunia fantasi di mana pemain menjadi ketua kampung. Pemain bertanggungjawab untuk membina kampung menggunakan sumber-sumber yang ada dengan menyerang kampung lain.

Pemain juga boleh menyertai berjuta-juta kumpulan dari seluruh dunia. Clash of Clans telah dimuat-turun lebih daripada 500 juta di Google Play Store.

5. Candy Crush Saga

Satu lagi game yang dimuat-turun lebih daripada 500 juta di Google Play Store iaitu Candy Crush Saga, sebuah game matchthree puzzle yang dikeluarkan oleh King pada tahun 2012.

Pada mulanya, ia dikeluarkan untuk Facebook tapi kemudian diperkenalkan ke mobile dan platform PC untuk iOS, Android dan Windows 10.

Dengan lebih daripada trillion level yang boleh dimainkan, pemain boleh menyelesaikan level-level yang berbeza dan rancang pergerakan mereka dengan padankan candy sebanyak tiga atau lebih dalam satu baris. Game ini juga disertakan dengan jumlah had pergerakan yang boleh dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan.

Lima tahun selepas dikeluarkan, Candy Crush Saga mendapat carta tertinggi sebagai highest grossing mobile app dan King telah mengeluarkan tiga lagi game dengan genre yang sama iaitu Soda Saga, Jelly Saga dan Friends Saga.

Sumber: TheMalaysianReserve

JomKomen!