Pertama kali main game buatan Indonesia ni, Troublemaker mengingatkan saya kepada siri TV Malaysia iaitu Projek: High Council dan komik karya Zint, Under 18. Banyak pertarungan dan banyak ragamnya di antara para pelajar.
Tapi adakah Troublemaker menjanjikan pertarungan yang hebat? Teruskan membaca.
Troublemaker merupakan sebuah game action adventure beat ’em up yang dibangunkan oleh Gamecom Team dan diterbitkan oleh Freedom Games untuk platform PC.
Plot
Korang bermain sebagai Budi, seorang pelajar sekolah yang selalu terlibat dengan masalah suka bergaduh dengan pelajar lain. Sangat teruk sampaikan ibunya kecewa dengan Budi sehingga dia terpaksa berpindah ke sekolah baharu.
Di sekolah baharu, Budi dah janji dengan ibunya tak nak buat masalah lagi. Tapi sejarah berulang, hari pertama dah fight dengan pelajar lain. Nak tambah lagi masalah, dengan sikap panas baran Budi, dia declare war dengan pelajar-pelajar senior.
Jadi dia terpaksa sertai pertandingan lawan antara setiap kelas yang dah lama jadi tradisi kat sekolah tu. Kelas mana yang menang akan dapat biasiswa dari pihak sekolah.
Secara keseluruhan, jalan ceritanya boleh dilayan cuma ada beberapa scene macam sinetron terutama scene romatik antara Budi dengan girlfriend dia. Ada dialog-dialog yang dilontarkan baik dan ada juga yang agak cringe terutamanya penggunaan kata-kata kesat yang kadangkala tak kena dengan situasi.
Cuma sayangnya jika developer kembangkan dengan lebih mendalam tentang sejarah pertandingan lawan di sekolah itu, pasti lebih menarik. Watak-watak kawan baik dan pesaing-pesaing Budi bagus dan mudah diingati. Tapi watak-watak cikgu rasa macam ditinggalkan macam tu je, screentime pun sikit je.
Tapi agak pelik juga semua cikgu kat sekolah tu bersetuju dengan pertandingan lawan diadakan. Jika ada seorang cikgu yang membantah pertandingan itu diwujudkan pasti dapat hasilkan konflik antara cikgu-cikgu. Ia juga dapat mencipta moral kompas untuk watak Budi yang membuatkan dia fikir berbaloi ke masuk pertandingan ni?
Budi pun macam lupa janji kat ibunya, terus buat masalah. Mesti lagi menarik kalau ada satu sistem dalam gameplay di mana kalau Budi buat banyak sangat masalah, ada sesetengah cikgu cuba tangkap Budi dan ibunya dapat tahu. Kesannya pemain hilang jumlah wang yang banyak.
Walaupun ending-nya manis, tapi masalah pertandingan lawan tu dileraikan dengan begitu mudah sekali. Ada beberapa bahagian yang keliru terutamanya dari perspektif… sekali lagi cikgu. Seriously watak-watak cikgu dalam Troublemaker sangat forgettable dan tak ada bawa impak kat sekolah.
Gameplay
Budi boleh lakukan light attacks dan heavy attacks semasa berlawan. Dia juga boleh dodge dan block serangan musuh. Namun semasa saya bermain, Budi seperti ada delay untuk lakukan block. Fungsi lock-on ke arah seorang lawan juga ada, kamera juga akan zoom in ke arah sasaran. Saya harapkan ada pilihan untuk kamera tidak zoom in dan hanya lock-on saja.
Ini kerana banyak lokasi pertarungan berlaku di ruang sempit dan kecil, menyebabkan kamera jadi kelam-kabut. Terutamanya masa Budi lawan lebih dari seorang. Kadang-kadang pergerakan Budi masa berlawan juga boleh jadi clunky.
Pemain juga boleh deflect incoming attack dari musuh. Tapi jika developer implement sistem counter macam dalam game Sleeping Dogs pasti menarik. Sebab pemain boleh lihat pelbagai jenis gerakan seni beladiri, memandangkan Budi mahir dalam beberapa jenis skill berlawan.
Terdapat juga Sick Moves, ni boleh dikatakan sebagai ultimate power untuk pemain lakukan serangan yang serius. Ada macam-macam jenis Sick Moves dan pemain boleh tukar semasa berlawan. Ada yang cool dan ada juga yang kelakar macam baling selipar atau buat T pose.
Setiap kali pemain menang perlawanan, pemain dapat duit. Dan duit tu pemain boleh guna untuk beli upgrades, makanan dan sick moves. Ini termasuklah upgrade tambah nyawa, tambah energy, beli Indomie, dan banyak lagi. Pemain boleh beli dari Richard, rasanya kalau korang main, korang akan tahu karakter ni reference dari game mana.
Pemain boleh explore kawasan di sekitar sekolah. Di sini korang boleh main mini games yang juga agak kelakar ditambah pula dengan muziknya yang terlebih bersemangat.
Saya boleh nampak yang developer memang have fun masa hasilkan game ni, banyak pop culture yang diselitkan dalam poster-poster sekolah dan budaya Indonesia yang dipaparkan. Saya sebagai orang Malaysia juga ingin tahu macam mana suasana sekolah di Indonesia.
Walaupun gameplay lawannya baik, tapi masih boleh diperbaiki. Terutamanya jika ada sistem kombo di mana pemain boleh lakukan kombo tertentu dengan gabungan light dan heavy attacks. Developer juga boleh gunakan peluang ni untuk hasilkan babak antara Budi dengan cikgu-cikgu masa pemain beli skil-skil kombo. Karakter-karakter cikgu tu boleh flesh out lebih lagi masa Budi belajar kombo baharu.
Grafik
Troublemaker mengutamakan grafik 3D dalam gameplay dan 2D dalam cutscenes. Tapi bagi saya game ni menjerit ke arah style grafik cel-shaded. Kerana kebanyakan cutscenes menggunakan lukisan seperti buku komik dan anime style. Tapi di luar cutscenes lebih ke arah model grafik realistik.
Namun saya memuji reka bentuk di sekitar kawasan sekolah yang membuatkan saya nak explore di setiap blok.
Muzik dan Efek bunyi
Muzik dalam Troublemaker ada yang baik dan ada juga yang meh. Kecuali lagu masa ending dan lagu mini games, kedua-dua lagu tu yang saya paling ingat. Dari segi efek bunyi, bunyi tumbukan ada yang hit or miss. Kebanyakan efek bunyi kat setiap Sick Moves mengecewakan dan tak ada bunyi yang bombastic. Dan masa saya main saya tak rasa satisfied masa menggunakan sebab efek bunyi hilang dari radar.
Overall, Troublemaker merupakan usaha baik dari developer Gamecom Team untuk hasilkan sebuah game genre yang lain daripada kebanyakan game genre horror Indonesia. Kalau korang berminat dengan game beat ’em up yang mudah, ini game untuk korang. Tapi kalau korang harapkan gameplay dan story yang deep, korang tolak tepi game ni.
Jadi, apa pandangan korang tentang game Troublemaker? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
+ Sistem fighting yang mudah dipelajari
+ Budaya pop culture dan budaya Indonesia yang dipaparkan
+ Sick Moves yang cool dan kelakar
– Jalan cerita yang biasa yang tidak dikembangkan lagi
– Lagu yang meh
– Grafik yang biasa
Comments
Loading…