in , , ,

Trilogi Mass Effect Remastered Diumumkan, Sebuah Game Baru Juga Disahkan Dalam Pembangunan

Setelah sekian lama khabar anginnya berlegar, Electronic Arts dan BioWare akhirnya telah mengumumkan versi remastered untuk ketiga-tiga game dalam trilogi Mass Effect.

Berjudul Mass Effect: Legendary Edition, ia mengumpulkan Mass Effect (2007), Mass Effect 2 (2010), dan Mass Effect 3 (2012) dalam satu pakej — akan dilancarkan untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X. Untuk PS5 dan Xbox Series X, ia menggunakan fungsi forward compatibility dari konsol generasi sebelumnya serta akan menampilkan beberapa penambahbaikan.

Edisi ini merupakan kompilasi ketiga-tiga game dengan kandungan asas, serta segala items dan DLC yang pernah dikeluarkan — semuanya dioptimakan dalam 4K Ultra HD.

Mereka tidak menyatakan secara tepat tarikh pelancaran, namun mendedahkan yang ia akan dilancarkan sekitar musim bunga 2021 (sekitar Mac hingga Jun).

Di akhir kenyataan di laman web rasmi, BioWare turut telah mengumumkan bahawa pasukan veteran mereka kini sedang berusaha keras membangunkan satu lagi projek seterusnya dalam universe Mass Effect. Mereka mengatakan yang projek ini masih lagi dalam fasa-fasa awal.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Belanjawan 2021 Memperuntukkan RM15 Juta Untuk Esports, Lebih Rendah Berbanding Tahun Lalu

FIFA 21 Akan Dilancarkan Pada Oktober - Beli Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5

EA Kata Ada 6 Jenis Game FIFA Berbeza Sedang Dibangunkan Untuk Mobile