in ,

Trilogi Mass Effect Remastered Dilaporkan Sedang Dalam Pembangunan Oleh EA

Kalau korang ikuti laporan kami sebelum ini, EA telah mengesahkan bahawa EA akan melancarkan 14 game baharu sepanjang tahun fiskal 2021. Salah satu daripadanya ialah sebuah “game HD” yang judulnya belum diumumkan kepada umum.

Ramai yang mula tertanya-tanya apakah “game HD” tersebut? Dan menurut VentureBeat, game ini merupakan versi remastered untuk ketiga-tiga game Mass Effect.

Laporan ini walau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada versi remastered ini akan mengumpulkan trilogi tersebut ke dalam satu koleksi game atau mengasingkannya kepada tiga buah game remastered yang berbeza.

Menurut laporan ini lagi, trilogi remastered Mass Effect ini tidak akan dikeluarkan ke Nintendo Switch, yang mana kemungkinan ia akan dilancarkan kemudian selepas ia dilancarkan ke platform lain terlebih dahulu.

Apa-apa pun, berita ini masih belum disahkan. Maka, jangan terlalu berharap.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Micrososft Kata Harga Xbox Series X Akan Berpatutan Dan Mampu Milik

EA Letakkan Syarat Tempoh Waktu Untuk Naiktaraf Game Percuma Ke Konsol Generasi Seterusnya