in , , , , , ,

Trilogi GTA Remastered Tertiris Di Laman Web Badan Rating Korea Selatan, Mungkin Dilancarkan November

Semakin hari semakin kuat khabar yang mengarah kepada pelancaran trilogi remastered Grand Theft Auto (GTA).

Terbaharu, sebuah game yang berjudul ‘Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition’ dilaporkan telah tertiris di laman web badan rating Korea Selatan (GRAC).

Perkara ini dikongsikan oleh @Nibellion di Twitter. Screenshot yang dikongsikan hanya memperlihatkan satu tarikh iaitu 30 September 2021, kemungkinan tarikh ia mula masuk ke dalam pangkalan data laman tersebut (pembaca yang boleh berbahasa Korea mungkin boleh tolong terjemah).

Walau bagaimanapun, satu lagi laporan daripada Kotaku menyatakan yang sumber mereka mengatakan game tersebut akan dilancarkan oleh Rockstar pada November ini.

Pada Ogos lalu, laporan dari Kotaku juga mengatakan tiga game yang dimasukkan ke dalam remastered ini ialah Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto Vice City, dan Grand Theft Auto San Andreas — dikhabarkan akan dilancarkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, Switch, PC, Stadia, dan peranti mobile.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Epic Games Store Akhirnya Akan Lancarkan Ciri Achievements Minggu Depan

Ada Apa Dengan Bigo Live, Jana Pendapatan Dan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia Championship?