in , , , ,

Treyarch Jelaskan Mengapa Call of Duty: Black Ops 4 Tiada Single-Player Campaign

Kemarahan para peminat cuba ditenangkan.

Beberapa hari lepas, Activision dan Treyarch telah mengumumkan sesuatu yang sangat besar kepada para pemain. Buat pertama kalinya dalam sejarah siri Call of Duty, tiada single-player campaign akan dibawakan ke dalam Call of Duty: Black Ops 4.

Kebanyakan pemain menimbulkan rasa kecewa kerana mereka masih menganggap bahawa tarikan utama Call of Duty akan sentiasa terhadap story-nya.

Terbaru, bercakap kepada Eurogamer, ketua Treyarch, Dan Bunting menyatakan bahawa single-player campaign tradisi tidak pernah dirancang untuk Black Ops 4, yang mana mereka memutuskan untuk mencipta sebuah game berbeza diinspirasikan daripada bagaimana komuniti telah berinteraksi dengan Black Ops III. Lebih ramai pemain telah fokus kepada multiplayer dan mode Zombies, dan ini telah mempengaruhi Treyarch untuk “membangunkan stail game yang berlainan.”

Ditanyakan tentang reaksinya terhadap para pemain yang tidak mahu membeli Black Ops 4 kerana ketiadaan campaign, ini komen Bunting:

“Saya rasa perubahan sememangnya sukar untuk ramai. Saya ingin katakan kepada para peminat, Treyarch tidak pernah mengecewakan kamu sejak beberapa tahun lalu. Ini adalah studio yang kamu kenal yang akan sentiasa memberikan pengalaman terbaik yang kamu cintai, terutamanya kepada siri Black Ops.”

“Dari multiplayer, melalui apa yang telah kami capai, kami berikan cara bermain yang baru, jadi sesiapa sahaja boleh dapatkan game ini dan mainkannya serta rasakan keseronokan, kepada zombi dan memiliki penyampaian terbesar pada hari pelancaran yang pernah kami adakan, kepada mode Blackout terbaru, yang diinspirasikan daripada genre battle royale tetapi dibikin dengan cara kami yang unik.”

JomBaca: Trailer Call of Duty: Black Ops 4 Tampilkan Mode “Blackout” – Mode Battle Royale Ala Fortnite!

Black Ops 4 akan diterbitkan bagi platform PS4, Xbox One dan PC pada 12 Oktober nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Khas Untuk Gamers Dari Golongan Istimewa, Microsoft Perkenalkan Xbox Adaptive Controller

10 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Detroit: Become Human