in , , ,

Trend Game Tiada Loading Screen Akan Diteruskan CD Projekt Red Dalam Cyberpunk 2077!

Selepas game The Witcher 3 dan God of War yang menampilkan pengalaman penceritaan tanpa henti dengan ketiadaan loading screen – Cyberpunk 2077 menjanjikan pengalaman sama!

Dunia open world Cyberpunk 2077 akan menawarkan pengalaman gaming tanpa henti dengan tiadanya loading screen antara bab-bab penceritaan dan juga perpindahan antara kawasan-kawasan di dalam map game.

CD Projekt Red sebelum ini juga pernah melaksanakan konsep permainan tanpa henti ke serata alam dalam The Witcher 3 – walaupun pada skala lebih kecil kerana terdapat beberapa kawasan yang akan mengaktifkan loading screen seperti Kaer Morhen, Vizima, White Orchard, serta Skellige dan Toussaint.

Cyberpunk 2077 juga menjanjikan pengembaraan ke segenap pelusuk alam open-world, termasuk ke setiap tingkat bangunan yang ada di dalam game tersebut! Ini adalah sesuatu yang belum dilaksanakan CDPR di dalam The Witcher 3, kerana alam, pekan, banda dan bangunannya yang lebih kecil dan sebahagian besar daripadanya tidak dapat dimasuki.

Amacam? Ready untuk mengembara dalam dunia Cyberpunk 2077? Dapatkan berita-berita Cyberpunk 2077 bersama JomGaming.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jangan Jadi Rambo Tembak Sana Sini Bila Main Death Stranding Nanti – Kata Hideo Kojima

RM17,000 Jadi Rebutan Dalam Pertandingan Ini – Mana Pemain-Pemain Handalan FIFA 18 Dan PES 2018?