Splash Damage telah mengumumkan Transformers: Reactivate, game online co-op sehingga 4 orang pemain untuk konsol dan PC. Sesi Beta tertutup dijangka hadir pada hujung 2023.
Kolaborasi Splash Damage bersama dengan Hasbro Inc. akan menawarkan pemain untuk menjelajah cerita baharu dalam universe Transformers.
Pemain akan dapat bermain dengan pelbagai karakter yang mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Bertukar dari kenderaan ke robot untuk menentang The Legion, musuh terkuat yang pernah dihadapi oleh Autobots.
Transformers: Reactivate juga memulakan langkah era baharu bagi Splash Damage di mana ia dibangunkan dan diterbitkan secara eksklusif dari kumpulan berpusat di London.
Splash Damage yang baru sahaja membeli studio BULKHEAD juga akan menyertai penghasilan Transformers: Reactivate dengan lebih daripada 500 orang pekerja.
Comments
Loading…