Gameplay trailer terbaru Wild Hearts didedahkan semasa pertunjukan The Game Awards 2022 yang memaparkan raksasa Kemono dan Golden Tempest.
Hampir sama seperti siri Monster Hunter, Wild Hearts memerlukan pemain untuk memburu raksasa Kemono dalam kawasan Azuma yang penuh dengan habitat berbahaya.
Pengarah Koei Tecmo, Kotaro Hirata dan Takuto Edagawa menjelaskan dalam temu ramah sebelum ini bahawa Omega Force telah menghasilkan beberapa prototaip untuk game ini sebelum studio betul-betul berasa puas hati dengan keseimbangan dari segi pengalaman visual dan keunikan.
Wild Hearts akan dilancarkan ke platform PC, PS5, dan Xbox Series X/S pada 17 Februari tahun depan. Game ini telah berada dalam pembangunan selama 4 tahun dari pembangun yang menghasilkan siri Dynasty Warriors.
Comments
Loading…